Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
283) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Proses membina Dewan Orang Ramai di DUN Taman Templer, status kemajuan.
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 2 perancangan pembinaan dewan orang ramai di Dun Taman Templer.
- Dewan Setia Eco: Dewan ini terletak di kawasan Setia Eco Templer di mana pemaju yang terlibat membangunkan tapak ini adalah Setia Eco Templer Sdn. Bhd. Tapak dewan ini berkeluasan 1.03 ekar yang akan dilengkapi dengan kompleks komuniti 1 tingkat beserta 2 buah gelanggang badminton. Pembangunan dewan ini akan dibangunkan bersekali dengan pembangunan Rumah Selangorku (RSKU). Walau bagaimanapun, pihak MPS memohon pihak pemaju untuk menyegerakan pembangunan dewan tersebut bagi memenuhi kehendak komuniti kawasan Templer. Berdasarkan maklum balas pemaju Setia Eco Templer Sdn. Bhd, kerja-kerja pembinaan dewan telah berjalan semula pada Mei 2022 dan dijangka akan siap dan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Selayang pada Julai 2023.
2. Dewan Komuniti Bandar Baru Selayang: Tapak cadangan merupakan tanah kerajaan yang terletak bersebelahan medan selera MPS, Bandar Baru Selayang, Pihak Majlis Perbandaran telah mengemukakan permohonan pewartaan sebagai tapak dewan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Pihak Majlis akan melaksanakan kerja-kerja pembangunan Dewan Komuniti ini setelah surat kelulusan rasmi pewartaan diperolehi.