Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
85) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan sebuah dewan orang ramai yang mampu memuatkan lima gelanggang badminton untuk kemudahan bagi masyarakat di DUN Taman Templer?
Untuk makluman Yang Berhormat Taman Templer, buat masa ini, Majlis tidak mempunyai rizab tanah yang bersesuaian bagi membina dewan dengan kapasiti 5 gelanggang. Walau bagaimanapun, Majlis mempunyai perancangan pembangunan dewan di lokasi yang terletak di bawah DUN Taman Templer, selain dewan-dewan sedia ada iaitu Dewan Seroja, Kg. Bendahara dan Dewan Sri Siantan, Taman Selayang. Perincian lokasi dan status semasa adalah seperti berikut:
BIL LOKASI STATUS SEMASA 1.
Bandar Baru Selayang (Berdekatan Medan Selera MPS Bandar Baru Selayang) Permohonan tanah telah dibuat kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak pada 28 April 2021 bagi tujuan Kompleks Komuniti dengan anggaran saiz 2.5 ekar. 2.
Setia Eco Templer Majlis telah mensyaratkan kepada pemaju untuk membina dan membuat serahan sebagaimana yang dinyatakan di dalam syarat Kebenaran Merancang dengan anggaran keluasan tapak adalah 1.03 ekar. Pemaju telah bersetuju untuk membina dewan ( 3 gelanggang ) bersekali dengan pembangunan rumah Selangorku yang dijangkakan siap pada tahun 2025.