Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
123) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah banyak Dewan Orang Ramai yang masih belum menyerah balikkan kunci kepada pihak berkuasa, dan sila berikan butir-butir mengikut kawasan DUN?
-
Adakah dewan di Jalan Taman Muda yang kini merupakan pejabat Ahli Parlimen Pandan digunakan secara sah? Pihak manakah yang mengutip cukai pintu dan cukai tanah dari dewan tersebut?
-
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap PBT-PBT yang lewat atau belum mengambil alih dewan-dewan sedemikian?