Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

150) DEWAN ORANG RAMAI

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek pembinaan Dewan Orang Ramai DUN Taman Templer?

    Untuk makluman Yang Berhormat, projek pembinaan dewan orang ramai di DUN Taman Templer melibatkan projek pembinaan dewan di Setia Eco Templer di mana kerja-kerja pembinaan telah siap 50% yang merangkumi kerja-kerja mengikat batu bata dan melepa serta kerja infra pemasangan manhole dan paip pembentungan. Dewan setia eco dijangka siap dan diserahkan kepada pihak majlis pada bulan Julai 2024.

    Dewan/Kompleks Komuniti Bandar Baru Selayang : Dewan ini terletak di kawasan Bandar Baru Selayang bersebelahan medan selera MPS. Tapak merupakan tanah simpanan kerajaan yang boleh diakses melalui Persiaran 2. Pihak Majlis Perbandaran Selayang telah mengemukakan surat permohonan perizaban tanah kerajaan sebagai tapak dewan dan sedang menunggu keputusan pewartaan.sebagai tapak dewan dan sedang menunggu keputusan pewartaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.