Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
213) DEWAN KEMASYARAKATAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan akan mengambil tindakan atas dewan parti yang kini haram dibina atas tanah kerajaan?
Ingin dimaklumkan bahawa, kebanyakan dewan awam yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibina di atas tanah kerajaan iaitu di kawasan rezab kemudahan masyarakat setempat dan bukan dikhususkan untuk kegunaan sesebuah organisasi atau mana-mana parti
Sekiranya terdapat sesebuah bangunan atau struktur binaan seperti dewan parti yang dibina di atas tanah kerajaan selain dari rezab-rezab yang dibenarkan tindakan boleh diambil melalui kanun Tanah Negara (KTN) bagi isu tanah dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) mbagi struktur binaan.
-
Nyatakan rancangan untuk penyelesaian isu kekurangan dewan di kawasan Bandar Country Homes, Batu Arang, Tasik Puteri dan Kota Puteri.
Mengenai isu kekurangan dewan di kawasan Bandar Country Homes, Batu Arang, Tasik Puteri dan Kota Puteri yang dikategorikan sebagai kawasan pembangunan lama, beberapa langkah awal perlu diambil terlebuh dahulu seperti mewartakan tanah rezab bagi tujuan pembinaan dewan. Ini kerana tapak kawasan rezab terdahulu tidak diserahkan oleh pemaju kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersma nombor rezab warta dan pelan ukur terperinci. Selepas mendapatkan nombor rezab, pembinaan dewan akan dilakukan melalui kaedah :
- Mengiklan kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk membina di atas rezab dewab secara Built, Operate, Transfer (B.O.T.) sebagai langkah penjimatan kos pembinaan; dan
- Membina dewan dengan memggunakan peruntukan pembangunan Majlis sekiranya diluluskan.
Manakala bagi kawasan baru Majlis akan mensyaratkan pihak pemaju menyediakan bangunan dewan bersama salinan nombor warta sebelum serahan pembangunan dalam kelulusan Kebenaran Merancang sebagai salah satu sumbangan Community Social Responsibility (CSR).