Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
124) DEWAN BALAI RAYA DI MERU
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah dewan balai raya di DUN Meru serta lokasi kedudukan dewan ini?
Jumlah dan lokasi Dewan/Balairaya yang terdapat di DUN Meru adalah seperti berikut:-
Bil. Lokasi Dewan/Balairaya Catatan 1. Dewan Serbaguna Meru, Pekan Meru, Klang Dewan Serbaguna 2. Kawasan lapang, Jalan Seri Kenangan 1, Taman Meru 3. Balairaya
3. Jalan Lingkungan, Taman Berkat Pekan Meru. 4. Kawasan lapang, Jalan Kopi, Bukit Kapar. 5. Kawasan lapang Jalan Dato’ tahir 3, Pekan Kapar. 6. Kawasan lapang Jalan Hamzah Alang 3, Taman Sentosa, Pekan Kapar. 7. Kawasan lapang, Jalan Padang, Taman Mutiara, Kapar. -
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membaiki dan menaik taraf dewan balai raya yang uzur dan rosak di Meru?
Majlis Perbandaran Klang akan mengenalpasti balairaya yang uzur dan rosak serta akan membaikpulih dan menaiktaraf secara berperingkat. Kerja-kerja menaiktaraf Dewan Meru telah dibuat dan siap sepenuhnya pada 7.06.2018 hingga 15.08.2018 manakala untuk kerja-kerja baikpulih/naiktaraf Balai Raya Meru telah dimasukkan ke Perancangan Bajet Majlis pada tahun 2019.