Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
215) DERMASISWA PELAJAR SIJIL TINGGI AGAMA MENENGAH (STAM)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Dermasiswa STAM yang diperuntukkan pada 2021 & 2022 dan berapa ramaikah pelajar yang telah menerimanya?
Jumlah peruntukan pada tahun:
2021 : RM218,400.00 untuk 364 orang pelajar.
2022 : RM140,400.00 untuk 234 orang pelajar.
-
Apakah kriteria yang ditetapkan oleh JAIS untuk memohon Dermasiswa STAM?
Kriteria dermasiswa STAM :
- Calon belajar di Sekolah Agama Negeri Selangor (SAM/ SAMT dan MITS)
- Calon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor atau pemastautin (disokong dengan surat akuan)
Calon mendaftar dan menduduki peperiksaan STAM pada tahun semasa
-
Memandangkan tiada dermasiswa ini diberikan pada 2023, adakah JAIS bercadang meneruskan Dermasiswa ini pada tahun seterusnya bagi meringankan perbelanjaan pelajar STAM di negeri ini?
Pada tahun 2024, pihak JAIS dicadang untuk mengemukakan kelulusan penggunaan bersama peruntukkan sedia ada bagi penajaan Program Diploma Pendidikan Ikhtisas bagi pegawai pendidikan JAIS dan dermasiswa STAM kepada kerajaan negeri untu kelulusan.