Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

8) DENGGI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan dan aktiviti untuk mengatasi denggi di Selangor pada tahun 2016?

    Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5juta untuk aktiviti kawalan dan pencegahan denggi. Di antara aktiviti kawalan dan pencegahan yang dilaksanakan adalah:

    • Mengaktifkan Mesyuarat Tindakan Denggi peringkat daerah di mana semua ketua pemimpin masyarakat seperti ADN dan Ahli Majlis adalah terlibat dalam program yang diarahkan oleh pihak kerajaan Negeri. Selain itu, semua agensi kerajaan dan NGO-NGO di peringkat daerah turut dilibatkan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan. Sebanyak RM560,000 iaitu RM10,000 telah disalurkan kepada setiap ADN kawasan bagi melancarkan pelaksanaan program yang
    • Kerajaan Negeri juga akan menyalurkan peruntukan bagi menampung kekurangan tindakan kawalan penularan wabak oleh pihak PBT dan PKD. Dengan itu, sebanyak RM600,000 akan digunakan untuk melantik „Pest Control Operator‟(PCO) bagi memastikan tindakan kawalan dapat dilaksanakan dengan kadar maksimum.
    • Pelbagai aktiviti kawalan dan pencegahan baru juga telah dilaksanakan seperti penggunaan lingkaran nyamuk Spokojan, perangkap nyamuk Mymat dan kempen menggunakan „insect repellent’ turut dilaksanakan oleh pihak Kerjaan Negeri bagi memastikan penurunan kes

     

  2. Sejauh mana masalah denggi dapat diatasi di Negeri Selangor?

    Secara keseluruhan masalah Denggi di negeri Selangor dapat diatasi dengan jayanya oleh pihak Kerajaan Negeri dan agensi yang terlibat seperti Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah Kesihatan (PKD) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) serta agensi yang terlibat secara langsung ataupun

    Kes demam denggi negeri Selangor telah mencatatkan pengurangan jumlah kes demam denggi terkumpul sebanyak 15% daripada 52,475 kes kepada 45,432 kes dalam masa yang sama dan juga dapat mengurangkan kadar kematian sebanyak 59% iaitu daripada 108 kes kepada 68 kes kematian bagi tempoh masa yang sama pada tahun lepas.

    Ini salah satu indikator yang menunjukkan hasil kerja keras semua pihak dalam melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan adalah berjaya di mana usaha ini memberikan kesan positif kepada penurunan kes denggi di negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.