Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

65) DENGGI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan langkah agresif bagi membendung penularan denggi yang kini semakin membimbangkan di Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor perlu akur kepada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaku agensi pusat yang mengeluarkan sebarang arahan tentang isu-isu kesihatan di Malaysia. Oleh yang demikian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) memainkan peranan penting di dalam usaha-usaha membanteras wabak Denggi di Negeri Selangor.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai usaha pencegahan dan kawalan Denggi, antaranya:

    • Kempen-kempen kesedaran Denggi dan Program Terjah dan Musnah Aedes;
    • Menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Negeri yang bermesyuarat secara dwi-mingguan;
    • Memberi pendedahan berkaitan isu denggi di dalam khutbah Jumaat dan ceramah di masjid dan surau;
    • Melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan Strategik Sifar Aedes dan Retreat Pelaksanaan Pelan Tindakan Strategik Sifar Aedes;
    • Mewujudkan satu laman sosial ‘Facebook’ Selangor Bebas Denggi untuk mengemaskini maklumat sereta membuat hebahan tentang program-program Denggi di Negeri Selangor;

     

    Selain itu,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan usaha-usaha kawalan dan pencegahan Denggi antaranya seperti berikut:

    1. Mengadakan taklimat kesedaran Denggi di Tadika, Sekolah, IPT, Jabatan Kerajaan, Industri, Rumah Ibadat dan Persatuan Penduduk;
    2. Search & Destroy Aedes Ranger;
    • Kajian Nyamuk Toxo;
    1. Program kebersihan bersama ADUN dan Ahli Majlis;
    2. Program Gerak Gempur Aedes bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

    Segala usaha ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri di dalam membantu mencegah wabak Denggi di Negeri Selangor.

  2. Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi meningkatkan kesedaran rakyat Selangor berkenaan bahaya denggi pada tahun 2015?

    Program kesedaran rakyat berkenaan bahaya Denggi adalah melalui program- program pendidikan dari sekolah-sekolah, kawasan perumahan, komuniti dan rumah-rumah ibadat. Antara usaha yang dijalankan termasuklah program penerangan dan pengagihan risalah-risalah berkaitan isu

     

    Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1,015,590.00 kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor untuk melaksanakan aktiviti pencegahan, kawalan, membeli keperluan racun, peralatan, melaksanakan aktiviti kesedaran awam serta menjalankan aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat.

     

    Selain itu, pihak PBT juga telah memperuntukkan sebahagian perbelanjaan  bagi menjalankan program promosi dan pendidikan Denggi ini.

    Berikut adalah perbelanjaan setiap PBT bagi program promosi Denggi pada tahun 2015.

     

     

    PBT

    PERUNTUKAN PROMOSI DENGGI 2015 (RM)
     

    MBSA

     

    310,000.00

     

    MBPJ

     

    60,000.00

     

    MPK

     

    10,000.00

     

    MPAJ

     

    15,000.00

     

    MPSJ

     

    14,259.00

     

    MPS

     

    10,000.00

     

    MPKj

     

    20,000.00

     

    MPSp

     

    28,000.00

     

    MDKL

     

    25,000.00

     

    MDHS

     

    53,422.00

     

    MDKS

     

    5,000.00

     

    MDSB

     

    1,200.00

     

    JUMLAH

     

    551,881.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.