Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

31) DENGGI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kes yang direkodkan sepanjang tahun 2016 mengikut daerah

    Kes demam denggi bagi tahun 2016 iaitu 51,652 kes dan ini merupakan penurunan sebanyak 18% berbanding dengan 63,198 kes bagi tahun 2015. Kadar kematian bagi tahun 2016 iaitu 78 kes, merupakan pengurangan sebanyak 39% kes berbanding tahun sebelumnya sebanyak 127 kes. Kes Denggi yang didaftarkan sepanjang tahun 2016 mengikut daerah adalah seperti berikut :

    BIL DAERAH KUMULATIF KES
    1 Petaling 21,069
    2 Hulu Langat 11,830
    3 Klang 7,623
    4 Gombak 5,834
    5 Sepang 1,986
    6 Kuala Langat 1,422
    7 Hulu Selangor 1,050
    8 Kuala Selangor 596
    9 Sabak Bernam 242
    JUMLAH 51,652
  2. Berapakah jumlah kes yang mengakibatkan kematian sepanjang tahun 2016 bagi seluruh negeri Selangor?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah langkah terbaru yang di cadang oleh kerajaan bagi tahun 2017?

    Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor telah merancang dan merangka beberapa program utama yang akan dilaksanakan pada tahun 2017 dengan menggunapakai sepenuhnya peruntukkan berjumlah RM5juta bagi memastikan kadar kes demam denggi dan kadar kematian di Negeri Selangor berkurang dari semasa ke semasa.

    Sebahagian besar peruntukan bagi tahun 2017 akan digunakan secara optimum dengan melantik ‘Pest Controller Operator’ di semua Pihak Berkuasa Tempatan

    (PBT) mengikut kadar keperluan masing-masing. Penggunaan PCO ini dijangka dapat membantu pihak PBT dan PKD dalam membuat aktiviti kawalan demam Denggi terutama di kawasan yang dikenalpasti sebagaai kawasan hotspot.

    Kejayaan penurunan sebanyak 18% kes demam denggi ini tidak akan dicapai sekiranya pihak Kerajaan Negeri tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak terutama Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang turut serta melaksanakan aktiviti gotong royong di kawasan masing-masing dengan menggunakan peruntukan RM10,000 yang telah disalurkan. Justeru itu, Kerajaan Negeri bersetuju meneruskan pengagihan peruntukan kawalan dan pencegahan Denggi sebanyak RM10,000 settiap ADN pada tahun ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh mula mengadakan aktiviti gotong –royong memandangkan peruntukan telah disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing.

    Kerajaan Negeri juga telah merancang beberapa program secara berperingkat untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua daerah melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Kesihatan Daerah. Salah satu program yang telah dilancarkan pada awal bulan Februari yang lalu adalah Program Semburan Aerosol Selangor – SAS yang memfokuskan kawalan nyamuk aedes di dalam rumah. Hasil pemantauan yang dilakukan iaitu merujuk kepada laporan kes demam Denggi sehingga 11 Mac 2017, 6 daripada 9 lokaliti hotspot yang terpilih untuk majlis pelancaran program SAS telah bebas daripada menjadi hotspot.

    Sehubungan itu, pihak Kerajaan Negeri akan terus memantau semua programprogram yang dilaksanakan bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan terhadap pengurangan kes.

Lampiran

Tiada Lampiran.