Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

101) DENGGI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Demam denggi merebak berleluasa di kebanyakan kawasan majlis perbandaran. Adakah kerja menyembur ubat nyamuk aedes (fogging) yang dijalankan oleh pihak PBT berjaya menangani masalah demam denggi ?

    Kawalan demam denggi melibatkan ketiga-tiga strategi berikut :
    i) Pemusnahan punca pembiakan nyamuk (‘source reduction’),
    ii) Pembunuhan jentik-jentik (‘larviciding’) dan
    iii) Semburan kabus (‘fogging’).
    Aktiviti fogging dengan sendirinya tidak dapat mengawal kejadian demam denggi
    dilokaliti dengan berkesan jikalau tempat pembiakan nyamuk masih berkekalan kerana
    aktiviti fogging hanya membunuh nyamuk dewasa sahaja. Kempen kebersihan
    merupakan strategi yang penting bagi memastikan tiada punca pembiakan nyamuk
    aedes.

  2. Kerajaan telah membelanjakan berapa jumlah wang dalam kerja sembur ubat nyamuk aedes (fogging) dalam tahun 2010 ?

    Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperuntukkan RM 2.3 juta (tidak termasuk
    gaji staf) untuk aktiviti kawalan vektor, termasuk aktiviti fogging, di negeri Selangor
    untuk tahun 2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.