Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

109) DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain dari program gotong royong, adakah ada pendekatan lain bagi menangani masalah nyamuk aedes?

    Pendekatan lain untuk menangani masalah nyamuk Aedes termasuk:

    1. Aktiviti- aktiviti untuk memastikan kebersihan di rumah, tempat kerja dan alam sekeliling dipelihara  sepanjang masa (‘24/7’) untuk menghalang risiko pembiakan nyamuk Aedes.
    2. Elakkan daripada tabiat masyarakat membuang sampah merata-rata/ sampah haram dan memastikan semua sampah domestik/kebun/pukal dibuang secara teratur dengan sistem pungutan yang efektif.
    3. Menggunakan ubat jentik-jentik, saperti Abate dan Bti, di tempat air bertakung yang tidak dapat dihapuskan.
    4. Menubuhkan Pasukan Combi/ Skuad Anti-Denggi di tempat tinggal/ kerja supaya aktiviti komuniti dalam pencegahan pembiakan nyamuk Aedes dilaksanakan secara konsisten dan berkala.
  2. Berapakah kawasan yang sudah berjaya melepasi kawasan zon bebas denggi di Negeri Selangor?

    Berapakah kawasan yang sudah berjaya melepasi kawasan zon bebas denggi di Negeri Selangor?

    Pada 14/03/2015, terdapat 644 lokaliti wabak denggi di Negeri Selangor dan daripada  ini,  jumlah ‘hotspot’ ialah 214 lokaliti (33%). Pada masa sekarang, seluruh Negeri Selangor adalah berisiko untuk penularan penyakit Denggi oleh kerana penemuan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang tinggi di semua daerah.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.