Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

165) DENGGI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Pelan Pencegahan dan Kawalan denggi telah dilengkapkan? Sila nyatakan pelannya

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menghapuskan dan mengurangkan kes demam Denggi di negeri ini. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa akur dan mengambil tindakan secara proaktif sebagai langkah pencegahan selaras dengan Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009 – 2013) dan Hala Tuju Baru untuk Kawalan Denggi 2014 serta Pendekatan Ekosistem 2015 yang telah diperkenalkan oleh

     

    Sehubungan dengan itu, bagi menyokong usaha KKM untuk membanteras dan mengurangkan kes Denggi terutamanya di Negeri ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan Strategik Sifar Pembiakan Aedes yang telah diadakan pada 27-29 Julai 2015 untuk membincangkan cara terbaik menangani isu Denggi di Negeri Selangor. Bengkel ini turut dihadiri oleh 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (PBT), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

     

    Hasil daripada Bengkel berkenaan, beberapa Program Pencegahan, Pendidikan dan Kesihatan serta Tindakan Penguatkuasaan telah dibentangkan dan dibincangkan. Sehubungan itu, program-program di bawah Bengkel Pelan Tindakan Strategik Sifar Pembiakan Aedes dan akan dilaksanakan pada tahun 2016 secara berperingkat

  2. Senaraikan DUN yang telah melaksanakan program yang telah dibuat melalui peruntukan EXCO sebanyak RM10 ribu seperti yang dibentangkan dalam belanjawan yang lepas

    Satu Kertas Cadangan bagi penyaluran peruntukan kepada semua ADUN telah disediakan dan sedang di dalam peringkat permohonan kelulusan pembayaran

     

    kepada semua ADUN yang berjumlah RM560,000.00 bagi program membasmi Denggi. Penyaluran peruntukan ini akan dibuat setelah mendapat kelulusan dan memperoleh maklumat lengkap akaun setiap ADUN.

  3. Sila nyatakan kesan dari program ini

    Dengan penurunan peruntukan ini diharap semua pihak ADUN dapat bekerjasama dengan proaktif bagi membantu Kerajaan Negeri membasmi wabak Denggi di peringkat akar umbi. Dengan peruntukan ini, diharapkan ADUN dapat menjalankan sekurang-kurangnya 5 aktiviti pencegahan Denggi di peringkat DUN. Program ini juga membawa satu mesej bahawa ADUN-ADUN di Selangor dan Kerajaan Negeri komited dalam usaha mengurangkan wabak Denggi dengan kerjasama dan peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab ini kepada Kerajaan Negeri Selangor semata-mata.

Lampiran

Tiada Lampiran.