Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
124) DENDA DAN SAMAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kutipan denda dan saman dari 2014-2016 mengikut PBT?
a), b)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tiada rekod kutipan hasil denda dan saman ke atas pesalah berikutan kutipan hasil daripada denda dan saman ke atas pesalah adalah di bawah bidang kuasa mahkamah, iaitu setelah mahkamah menjatuhkan hukum ke atas kesalahan yang dibicarakan, termasuklah menentukan jumlah saman dan denda yang dikenakan. PBT hanya boleh mengeluarkan notis tawaran kompaun dan mengutip kompaun ke atas pelanggaran salah laku yang tidak dibawa ke mahkamah.
-
Nyatakan jumlah tunggakan denda dan saman dari 2014-2016 mengikut PBT?