Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

143) DEMOKRASI DAN URUSTADBIR BAIK

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak Akta Kebebasan Maklumat diwujudkan pada tahun 2011, sila nyatakan jumlah permohonan dibuat oleh orang awam ke atas maklumat rasmi.

    Berdasarkan semakan terhadap daftar rekod permohonan maklumat yang diterima melalui peruntukan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 yang dikemas kini sehingga 20 Oktober 2015, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah menerima sejumlah 230 permohonan secara keseluruhannya. Maklumat-maklumat ini diselaraskan oleh Pegawai-pegawai Maklumat yang telah dilantik di setiap Jabatan / Agensi Negeri

  2. Nyatakan jenis permohonan mengikut tujuan dan isu,

    Semenjak Enakmen ini diperkenalkan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah menerima pelbagai jenis / kategori permohonan seperti berikut:

    • perancangan dan status projek pembangunan seperti pembinaan lebuh raya, projek penebatan banjir, bangunan sekolah, masjid dan sebagainya;

     

    • laporan kewangan tahunan Anak-anak Syarikat dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri;

     

    • status pembangunan tanah di mukim, daerah dan sebagainya;

     

    • status urusan penstrukturan semula air;

     

    • status pelantikan Ahli Enakmen yang dilantik;

     

    • senarai penjaja dan usahawan kecil yang menjalankan operasi di sesuatu kawasan;

     

    • statistik kemudahan pengangkutan awam;

     

    • penjenamaan semula kemudahan perpustakaan awam;

     

    • pengurusan sisa pepejal oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

     

    • maklumat sumber air (sungai, empangan dan sebagainya) dan navigasi jalan air pendalaman;

     

    • isu pencemaran sungai-sungai di Negeri Selangor;

     

    • statistik taburan hujan dan kaedah pengukuran;

     

    • maklumat mengenai Peruntukan Ahli Dewan Negeri bagi tahun 2013;

     

    • maklumat insurans yang disediakan oleh PBT kepada warga kerja;

     

    • jumlah kemudahan letak kereta yang disediakan oleh PBT; dan

     

    • statistik kes yang diuruskan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.
  3. Jumlah permohonan yang dilulus dan ditolak; dan sebab ditolak, jika ada.

    • Berdasarkan rekod, Pentadbiran Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah 222 permohonan dan hanya menolak 8 permohonan sahaja atas justifikasi seperti berikut:
    • Permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan / Agensi diklasifikasikan sebagai bersifat peribadi dan tidak memberikan manfaat serta kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor;

     

    • Permohonan yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak menjelaskan tujuan sebenar permohonan;

     

    • Permohonan yang dikemukakan mengandungi maklumat pihak ketiga; dan

     

    • Permohonan yang dikemukakan tidak spesifik dan

Lampiran

Tiada Lampiran.