Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
75) DEMOGRAFI DAN MAKLUMAT KAMPUNG ORANG ASLI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan statistik terkini (jumlah, jantina, umur) dan taburan Orang Asli di Negeri Selangor mengikut daerah dan nama kampung.
Untuk makluman, negeri Selangor secara keseluruhannya mempunyai 74 buah Kampung Orang Asli yang terletak di 7 daerah iaitu daerah Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Hulu Selangor. Maklumat terperinci taburan penduduk masyarakat Orang Asli di Selangor adalah seperti di Lampiran A :-
-
Sila nyatakan status penggazetan terkini dan keluasan semua Kampung Orang Asli.
Sehingga 30 September 2022, sebanyak 34 buah kampung Orang Asli telah diwartakan, 2 buah kampung berstatus hak milik bergeran dan 38 buah kampung Orang Asli yang masih dalam proses perwartaan Secara keseluruhan keluasan kampung Orang Asli di Negeri Selangor adalah 5,316.74734 hektar. Keluasan tanah mengikut kampung Orang Asli di Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran B:-
-
Nyatakan perancangan akan datang untuk menyiapkan penggazetan kampung-kampung yang tertinggal.
Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan sedang dalam perancangan untuk mewartakan baki 32 buah kampung Orang Asli dengan melakukan pengukuran sempadan tanah orang asli manakala bagi 6 buah kampung yang berstatus tanah bertindih akan melalui proses perbincangan dengan pihak berkepentingan serta pengukuran sempadan tanah.