Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

322) DEMAND-RESPONSIVE TRANSIT (DRT)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dan bilakah pembayaran yang telah dibuat kepada syarikat Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd. dan Badan Bas Coach Sdn. Bhd. selaku operator perkhidmatan Demand-Responsive Transit (DRT)?

    Peruntukan subsidi berjumlah RM2.166 juta dibayar secara berperingkat sebanyak tiga (3) kali pembayaran kepada setiap syarikat pengendali perkhidmatan mengikut terma pembayaran dan sasaran prestasi yang ditetapkan. Sebahagian daripada jumlah keseluruhan peruntukan subsidi kepada kedua-dua syarikat masih dipegang oleh MBI pada waktu ini berdasarkan terma pembayaran surat pelantikan bagi menjaga kepentingan Kerajaan Negeri.

    Untuk makluman, peruntukan subsidi ini adalah untuk menetapkan kadar tambang tetap perjalanan bagi setiap pengguna sebanyak RM2.00 seorang di sepanjang tempoh pengujian Proof of Concept (POC) Projek Rintis DRT agar mampu dinikmati oleh semua rakyat Selangor dengan kadar yang berpatutan.

Lampiran

Tiada Lampiran.