Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
15) DEMAND-RESPONSIVE TRANSIT (DRT)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelantikan operator bagi projek Demand-Responsive Transit (DRT) yang dilaksanakan secara proses RFP melalui proses RFP terbuka atau melibatkan jemputan sahaja? Apakah tempoh masa RFP tersebut dan berapakah jumlah syarikat yang menyertainya?
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menetapkan bahawa syarikat-syarikat perlu mendapatkan kelulusan APAD untuk menjalankan proses pengujian Proof of Concept (POC) perkhidmatan Bus on Demand atau dikenali sebagai DRT. Berpandukan syarat yang ditetapkan oleh APAD, Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor telah bersetuju untuk pelaksanaan perkhidmatan DRT dibuka kepada semua syarikat yang telah diluluskan oleh APAD pada waktu itu.
Memandangkan APAD telah mengesahkan hanya dua syarikat, iaitu Asia Mobility Technologies Sdn Bhd dan Badanbas Coach Sdn Bhd, telah diluluskan oleh APAD dan layak untuk menjalankan proses pengujian POC untuk perkhidmatan Bus on Demand atau DRT pada waktu itu, maka kedua-dua syarikat telah dijemput untuk membuat pembentangan dan seterusnya telah dipersetujui untuk kedua-dua syarikat tersebut dilantik bagi mengelakkan sebarang isu atau persepsi tidakpatuhan kepada tatakelola.
Sehubungan itu, pelantikan kedua-dua syarikat tersebut juga adalah untuk memperolehi data yang komprehensif dalam proses pengujian POC Projek Rintis DRT untuk digunakan sebagai panduan dalam pelaksanaan perkhidmatan DRT sepenuhnya; dan
Pelantikan syarikat-syarikat yang tidak mendapat kelulusan daripada APAD akan mengakibatkan Kerajaan Negeri berhadapan dengan pelbagai masalah dari segi ketidakpatuhan pada undang-undang yang berkuatkuasa.