Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

81) DEMAM DENGGI DAN INFLUENZA H1N1

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri yang mungkin lebih berkesan bagi menangani gejala wabak demam denggi yang semakin serius di Negeri Selangor?

    1. Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksana dan sedang menumpu perhatian kepada aktiviti berikut dalam usaha mencegah penyakit demam denggi di negeri ini:

     

    1. Pembinasaan punca pembiakan nyamuk (‘source reduction’) sebagai strategi utama. Strategi ini mengutamakan kebersihan alam sekeliling berterusan (‘everyday cleanliness’) untuk semua lokaliti berisiko yang merangkumi aktiviti pelupusan sampah teratur. Langkah ini disokong oleh aktiviti

     

    1. Aktiviti mobilisasi masyarakat untuk menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah.

     

    • Penguatkuasaan undang-undang.

     

    1. Aktiviti fogging hanya digunakan untuk mengawal wabak bila langkah-langkah pencegahan ini tidak efektif.
  2. Apakah status terkini Penyakit Influenza H1N1 di Negeri Selangor?

    1. Sehingga 1 April 2010 sebanyak 1644 kes influenza A H1N1 di kesan sejak pandemik ini bermula di Malaysia. Bilangan kematian yang disebabkan secara langsung oleh Virus H1N1 ini adalah 15 orang

     

    Pada tahun lepas sebanyak 136 wabak/kluster H1N1 telah dilaporkan manakala untuk tahun ini sehingga 1 April 2010 sebanyak 11 wabak H1N1 telah dilaporkan. Pihak kerajaan sedang memantau situasi ini secara berterusan dan buat masa ini tiada tanda- tanda gelombang kedua bermula.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.