Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
126) DEMAM DENGGI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah statistik bilangan kes demam denggi yang dicatatkan mengikut PBT berakhir 30 April 2008?
Mengikut statistik yang dikumpul oleh Jabatan kesihatan negeri Selangor,
sehingga 30 April 2008, bilangan kes demam denggi mengikut PBT adalah
seperti berikut :- -
Berapa jumpa kos yang digunakan oleh kerajaan negeri dua tahun yang lepas untuk aktiviti "fogging"dan senaraikan butir-butir syarikat yang mendapat kontrak tersebut mengikut PBT. (Tempoh, lokasi,jumlah nilai)
Soalan ini seharusnya dijawab oleh Pihak BerkuasaTempatan (PBT). Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil inisiatif mendapatkan maklumat berkenaan dari PBT.
Jumlah kos yang digunakan oleh kerajaan negeri dua tahun lepas untuk aktiviti “fogging” adalah sebanyak RM 6,754.559.95. Lampiran berikut adalah senarai syarikat yang mendapat kontrak mengikut PBT.
-
Apakah langkah-Iangkah kerajaan dalam jangka masa pendek dan panjang untuk mengatasi masalah demam denggi ini?
Langkah-langkah kerajaan dalam jangka masa pendek dan panjang untuk mengatasi masalah demam denggi adalah :
Jangka Pendek
i) Mengadakan gerak gempur “Ops bersih” selama 2 bulan bermula pada 10 Mei ini di lokaliti-lokaliti wabak iaitu :- Petaling (ShahAlam , SubangJaya, Petaling Jaya)
- Klang (Bandar Sultan Sulaiman, Pandamaran,Taman Sentosa, Bkt.
Tinggi, Kg. Jawa, PadangJawa, Jalan Meru) - Hulu Langat (Bandar Baru Bangi, Bandar Kesuma, Semenyih,
- Gombak (Bandar Tasik Puteri, Taman Seri Gombak, Batu Cave)
- Kuala Selangor (Batang Berjuntai)
Dalam operasi ini akan dijalankan :
- Pemeriksaan rumah ke rumah untuk nyamuk aedes, pemberian ubat
jentik-jentik dan semburan asap. - Pemeriksaan tapak binaan, projek terbengkalai, kilang besi buruk dan
lain-lain. - Hebahan awam melalui media massa, pemasangan bunting, poster
dan pengumuman bergerak. - Pameran dan ceramah mengenai pencegahan dan kawalan denggi.
ii) Menggerakkan penduduk untuk mengadakan gotong-royong di kawasan atau lokaliti wabak dan bukan wabak, khasnya penglibatan proaktif dari ketua masyarakat/adun kawasan untuk menjayakan aktiviti ini.
Jangka Panjang
i) Mewujudkan “Skuad Denggi” di semua lokaliti-Iokaliti berwabak di negeri Selangor yang terdiri daripada ahli jawatankuasa penduduk dan diketuai oleh Adun kawasan masing-masing sebagai penasihat bagi menjalankan aktiviti “mencari dan memusnah” tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam dan luar kawasan rumah masing-masing.Perancangan penubuhan skuad ini akan diadakan pada bulan Jun 2008.
ii) Menambah peruntukan bagi program kawalan penyakit bawaan vektor oleh PBT
- Pengujudan dan pengisian jawatan mengikut norma setiap 100,000 penduduk mempunyai 1 Penolong Pegawai kesihatan Persekitaran (PPKP), 16 Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dan 16 Pekerja Rendah Awam (PRA).
- Penambahan peruntukan bagi pembelian peralatan dan bahan kimia yang diperlukan untuk kawalan vektor.
- Pengujudan dan pengisian jawatan kumpulan pengurusan dan profesional (Pegawai Kesihatan, Pegawai Sains (Ahli Kaji Serangga).
iii) Mendidik masyarakat mengenai cara hidup sihat cegah denggi
- Murid-murid sekolah (Melalui Program Bersepadu Sekolah Sihat)
- Masyarakat Am (Hebahan melalui Media Masa, Majalah, Buletin)
- Anggota Kerajaan (Melalui Pekeliling,Bengkel, Seminar)
- Anggota Institusi Swasta (Melalui Ketua Institusi, Bengkel, Seminar)
- Lain-lain (Melalui Pertubuhan-pertubuhan dan lain-lain)