Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

232) DEKLARASI ASET EXCO DAN LANTIKAN POLITIK

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Komitmen Kerajaan Negeri mewajibkan deklarasi aset lengkap secara tahunan oleh Menteri Besar, seluruh barisan EXCO, lantikan politik di kesemua agensi dan anak syarikat negeri serta ahli keluarga terdekat mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

    Kerajaan Negeri Selangor komited menjadikan integriti, ketelusan, urus tadbir yang baik dan institusi yang berwibawa sebagai asas utama pembangunan ekonomi Negeri Selangor. Malah perkara ini telah dibincangkan lebih awal di peringkat Kerajaan Negeri semasa Retreat EXCO pada 14 hingga 16 Mac 2017 dan Kerajaan Negeri telah bersetuju agar semua agensi/ anak syarikat Kerajaan Negeri menandatangani Integriti Pledge/ Integriti Pact seperti yang telah dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

    Selain itu, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) juga akan mengisi Borang Pengisytiharan Kepentingan setiap kali Mesyuarat MMKN diadakan dan pengisytiharan kepentingan juga dirakamkan dalam minit Mesyuarat MMKN bagi kertas-kertas yang melibatkan kepentingan AMMKN. Barisan AMMKN juga mengisytiharkan aset mereka di Portal Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.