Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
161) DEIG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila butirkan perkembangan terkini aktiviti perniagaan dan pelaburan DEIG
Untuk makluman, Darul Ehsan Investment Group Berhad (“DEIG”) masih tidak menjalankan apa-apa aktiviti atau transaksi sama ada dari segi perniagaan atau pelaburan.
-
Senaraikan semua anak syarikat DEIG, serta pengarahnya
DEIG mempunyai satu anak syarikat yang baru ditubuhkan iaitu DEIG Land Sdn. Bhd. (“DEIG Land”). Keanggotaan lembaga Pengarah DEIG Land masih lagi disandang oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi MBI yang hanya merupakan penaja (promoters) mengikut kehendak Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tujuan menubuhkan sesebuah syarikat. Proses lantikan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah DEIG Land yang lengkap akan dijalankan selepas struktur amalan tadbir urus korporat DEIG
-
Adakah DEIG atau mana-mana anak syarikatnya dibenarkan mengambil pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan?
Mana-mana syarikat berkaitan Kerajaan Negeri termasuk DEIG mahupun syarikat persendirian atau awam tidak mempunyai apa-apa halangan untuk mendapatkan tawaran perbankan daripada mana-mana institusi kewangan. Kuasa atau mandat sesuatu syarikat untuk menerima tawaran perbankan adalah mengikut peruntukan yang terkandung di dalam Memorandum dan Tata Urus Pertubuhan (M&A) syarikat tersebut dan seterusnya, mengikut kepada peruntukan undang-undang, terutamanya Akta Syarikat