Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

164) DE PALMA MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD. (DPMS)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. DPMS merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menawarkan perkhidmatan penginapan. Nyatakan prestasi keuntungan DPMS pada tahun 2008 hingga 2013?

    Pendapatan Rangkaian Hotel De Palma menunjukkan peningkatan setiap tahun dari 2008 – 2013 dengan purata kenaikan sebanyak 5% seperti berikut:

      2008 2009 2010 2011 2012 2013
    Pendapatan (RM) 23,655,582 23,313,091 25,780,781 26,974,393 27,390,059 29,578,035
    Untung Kasar

    Operasi (RM)

    5,070,973 5,088,428 4,071,394 4,937,472 5,399,514 4,557,275
    Untung Bersih

    Sebelum Cukai(RM)

    3,002,152 (842,164) 850,200 1,303,992 256,650 650,909

    Berdasarkan ringkasan diatas, purata keuntungan kasar operasi yang di capai oleh Rangkaian Hotel De Palma dari tahun 2008 – 2013 adalah sebanyak 26%. Kadar ini adalah baik / munasabah dalam industri perhotelan seperti Rangkaian Hotel De Palma.

    Dari segi keuntungan bersih sebelum cukai, Rangkaian Hotel De Palma masih mampu mencapai purata keuntugan dari tahun 2008 – 2013 walaupun terdapat beberapa faktor telah memberi impak besar terhadap keuntungan sebelum cukai Rangkaian Hotel De Palma seperti bayaran tunggakan sewa bangunan Rangkaian Hotel De Palma berjumlah RM 4.1 juta pada tahun 2009, susut nilai semua asset De Palma Kuching sebanyak RM 2.6 juta serta hapus kira hutang De Palma Kuching berjumlah RM 2.2 juta pada tahun 2012.

  2. Nyatakan jumlah aset yang dimilik oleh DPMS?

    Berdasarkan laporan Audit bagi tempoh 31 Disember 2013, jumlah asset yang dimiliki oleh Rangkaian Hotel De Palma  adalah  bernilai  RM  12,859,054.  Sejak ditubuhkan pada tahun 1995, Rangkaian Hotel De Palma tidak pernah membuat sebarang  pinjaman dari mana–mana institusi Ia mempunyai aliran tunai yang  positif  dengan simpanan tetap berjumlah RM 5,289,379.

  3. Sejauh manakah DPMS membantu sektor pelancongan di negeri Selangor?

    Pengwujudan Rangkaian Hotel De Palma berjaya membantu sektor pelancongan dalam negeri Selangor. Antaranya adalah seperti berikut : –

    1. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di Rangkaian Hotel De Palma yang terletak di Ampang, Shah Alam, Kuala Selangor, Sepang dan
    2. Telah melatih dan memberi pendedahan kepada lebih 1,000 orang pekerja di mana sebahagian besar dari mereka hari ini telah pun memegang jawatan– jawatan penting di hotel – hotel tempatan yang lain hasil pengalaman bekerja dengan Rangkaian Hotel De

    Dengan konsep pematuhan syariah yang mula diperkenalkan pada tahun 2007,De Palma adalah jenama yang menjadi sebutan ramai kerana berjaya menarik ramai tetamu Muslim tempatan dan dari luar negara. Kemudahan– kemudahan yang disediakan membuat tetamu Muslim selesa untuk melakukan ibadah sepanjang mereka menginap di Rangkaian Hotel De Palma.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.