Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
179) DAYA TAHAN SEKTOR PERTANIAN MENGHADAPI PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri dalam memastikan sektor pertanian mempunyai daya tahan dalam menghadapi perubahan iklim?
Kerajaan Negeri menggalakkan penggunaan kaedah moden Smart Farming menggunakan konsep hidroponik berasaskan pertanian pintar IOT (Internet Of Thing) seperti sistem penanaman di dalam bangunan (Plant Factory), struktur pelindungan hujan (SPH) dan vertical farming bagi mempastikan sektor pertanian mempunyai daya tahan dalam menghadapi perubahan iklim.
Beberapa usaha telah dibangunakan untuk pengeluaran varieti padi yang tahan cuaca. Antaranya varieti padi Tadahan Hujan @ Luar Jelapang seperti MR326 dan MR331 keluaran MARDI yang akan diisytihar pada bulan November 2024. Badan penyelidik lain seperti UPM, UKM dan Agensi Nuklear Malaysia juga telah mengeluarkan varieti padi yang tahan kepada perubahan cuaca seperti Padi Putra CR (Climate Ready) untuk rintang kemarau dan berhasil tinggi, NMR 151 dan NMR152 (IS21), UKM RC 2 dan UKM RC 8 yang masing-masing mempunyai ciri-ciri kesesuaian kepada perubahan cuaca.
-
Apakah usaha kerajaan dalam menangani kekurangan hasil padi di Negeri Selangor akibat cuaca yang tidak menentu serta benih padi yang dijangkiti BPB?
Antara usaha kerajaan dalam menangani kekurangan hasil padi di Negeri Selangor adalah seperti :-
- Membaiki sistem pengairan
- Penggunaan benih padi yang kurang pengunaan air, cepat matang dan mengeluarkan hasil
- Program rawatan tanah untuk meningkatkan hasil
- Latihan kepada golongan belia melalui kursus/latihan jangka pendek dan panjang seperti latihan penggunaan dron, teknologi internet of things (IOT), pengurusan perosak dan penyakit padi, teknologi pembajaan dan pengurusan kesuburan tanah
- Menggalakkan semua pesawah menyertai Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) sebagai contoh kerjasama dengan syarikat peneraju seperti;
– Felda Global Ventures (FGV)
– Hartamas Sentosa
– Serba Wangi
-BERNAS
– PLS Sdn. Bhd. - Program peningkatan produktiviti dengan membangunkan industri benih yang rintang penyakit
- Pembangunan Infrastruktur
- Penyediaan insentif bagi menarik golongan belia seperti dron, jentuai dan transplanter
- Pelaksanaan program Soil Profiling bagi membantu mengatasi masalah kesuburan tanah.
- Pengurusan tanaman padi berdasarkan Rice Check Tanaman Padi
Kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Selangor bersama Bahagian Teknikal seperti Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman sentiasa melaksanakan Program Pengawasan dan Banci Perosak Tanaman serta pelaksanaan Skim Pengesahan Benih Padi bagi memastikan benih padi berkualiti. Khidmat Nasihat Pengembangan dilaksanakan secara berkala di setiap kawasan perkhidmatan termasuk pemindahan teknologi untuk kawalan penyakit dan perosak tanaman padi serta mengadakan Program Peningkatan Hasil Padi melalui penggunaan asid amino.