Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
258) DATUM JELATEK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek Datum Jelatek ?
Berdasarkan kepada perancangan, pembangunan Datum Jelatek akan mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 2014 dan perlantikan kontraktor pada pertengahan bulan April 2014. Datum Jelatek dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018 dengan nilai pembangunan kasar adalah sebanyak RM1.2 bilion.
-
Apakah penyelesaian terbaik tentang isu dan bantahan terhadap projek ?
PKNS tidak menjangkakan sebarang isu atau bantahan akan timbul lagi terhadap projek Datum Jelatek. PKNS akan memastikan segala syarat-syarat kelulusan pemberi milikan tanah, kebenaran merancang, pelan-pelan bangunan dan lainlain syarat yang digariskan oleh pihak berkuasa tempatan dipatuhi dan dilaksanakan.
-
Apakah jaminan penghuni asal dapat kekal tinggal dan membeli unit kediaman baru ?
PKNS akan memberi keutamaan tawaran kediaman kepada penduduk asal apabila jualan projek Datum Jelatik dibuka kelak tertakluk kepada kemampuan mereka.
Di samping itu, 10% daripada luas lantai perniagaan projek Datum Jelatek diperuntukkan sebagai kedai mampu milik untuk membantu peniaga-peniaga Bumiputra.
Sebagai makluman, terdapat beberapa penduduk asal yang terlibat telah berjaya memiliki rumah-rumah kediaman PKNS yang lain seperti di Selayang, Kota Damansara, Antara Gapi dan Ampang.