Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

177) DATUM JELATEK

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan Datum Jelatek?

    Status terkini kemajuan pembinaan projek Datum Jelatek telah mencapai 8.49% mengikut seperti dijadualkan iaitu di peringkat kerja-kerja cerucuk dan dinding basement. Tempoh penyiapan projek adalah seperti berikut:

    FASA JENIS PEMBANGUNAN TEMPOH
    Fasa 1 Podium Perniagaan Dis 2014 – Jun 2017(30 bulan)
    Fasa 2 4 blok kediaman Dis 2014 – Jun 2018 (42 bulan)
  2. Senaraikan semua nama pembeli untuk projek ini?

    Majlis pra-pelancaran jualan untuk Blok D (Menara Dania) telah diadakan pada 1 Ogos 2015 bertempat di ibu pejabat Datumcorp International Sdn. Bhd., Menara Worldwide Kuala Lumpur yang diadakan khusus kepada penduduk tempatan bumiputera Keramat yang telah berdaftar dengan pihak Datumcorp. Semasa pra-pelancaran tersebut, sebanyak 56 unit daripada 160 unit bagi Blok D telah ditempah.

    Proses jualan akan tertumpu kepada penduduk Keramat sehingga pertengahan Ogos 2015 dan akan dibuka kepada senarai pendaftar awam (bumiputera) selepas tempoh tersebut.

     

  3. Nyatakan lokasi promosi projek yang telah dijalankan dan apakah hasilnya?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.