Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
183) DATARAN NIAGA SERENDAH GOLF
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan untuk Dataran Niaga Serendah Golf yang terbiar tanpa ada perancangan untuk menambahbaik, promosi laluan keluar masuk yang sesuai dan boleh dimanfaatkan oleh peniaga?
Usaha yang dilakukan adalah seperti berikut :
- MPHS telah mendapat penyewa untuk keseluruhan unit premis melalui saringan sesi temuduga yang telah diadakan pada 28 – 29 Jun 2022 yang lalu.
- Kelulusan penyewaan kepada syarikat Tuju Ventures Sdn. Bhd. dengan syarat pihak mereka perlu menaiktaraf dan mengubah kegunaan premis kepada aktiviti perniagaan yang bersesuaian untuk tarikan pengunjung.
- Status ketika ini adalah pihak syarikat masih dalam proses untuk memperhalusi syarat tawaran sewaan antara kedua belah pihak.