Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
61) DATARAN BELIA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah Dataran Belia yang telah dibangunkan di bawah Negeri Selangor sehingga sekarang? Sila senaraikan mengikut tahun.
Pada tahun 2013, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membina Dataran Anak Muda Negeri Selangor yang merupakan tempat atau pusat untuk belia bagi mengadakan pelbagai program dan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada di Selangor.
Untuk itu, sebanyak 33 Dataran telah dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi DUN seperti berikut :-
-
Apakah jenis bantuan dan peruntukkan yang boleh didapatkan dari pihak EXCO Belia dan Sukan untuk pembangunan Dataran Belia?
Kerajaan Negeri mengambil maklum dan sentiasa peka dengan keperluan kemudahan sukan termasuk Dataran Anak Muda dalam usaha martabat dan memajukan sukan di Negeri ini. Namun begitu, buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membina Dataran Anak Muda yang baru.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40,000.00 kepada setiap DUN bagi projek menaiktaraf dan membaikpulih kemudahan sukan di peringkat DUN yang mana permohonan bagi projek ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Peruntukan ini adalah bertujuan membaikpulih kemudahan sukan untuk digunakan oleh masyarakat setempat bagi menjalankan aktiviti riadah dan bersukan dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang aktif dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat selain dijadikan sebagai tumpuan rekreasi anak muda.
Justeru, pada tahun ini peruntukan tersebut akan dikhususkan kepada Kerja-Kerja Membaikpulih dan Menaiktaraf Padang Bola Sepak manakala bagi tahun-tahun berikutnya akan ditentukan oleh Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sukan.