Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

5) DATA PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan data-data pelaburan di Selangor dalam tempoh Januari hingga September 2022?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2022, sebanyak 118 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4,883,434,391.00 (RM 4.88 bilion). Daripada jumlah ini sebanyak RM 1,628,123,760.00 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 3,255,310,631.00 daripada pelaburan asing. Sebanyak 4,944 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan di Selangor.

  2. Apakah jenis pelaburan yang menjadi tumpuan utama Kerajaan Negeri Selangor?

    Jenis pelaburan yang menjadi tumpuan utama Kerajaan Negeri Selangor seperti;-

    • Sains Hayat (Life Sciences)
    • Pembuatan Makanan & Minuman (Food & Beverages),
    • Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronic)
    • Kelengkapan Pengangkutan (Transport Equipment)
    • Mesin dan Peralatan (Machinery & Equipment)

    Selain daripada itu, terdapat 2 industri baru turut dikenalpasti dan berpotensi melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan seperti;-

    • Perkhidmatan Logistik (Logistic Services)
    • Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre dan Creative Content Technology

Lampiran

Tiada Lampiran.