Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
210) DASAR TENDER TANAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Dasar Tender Tanah Kerajaan Negeri Selangor dan bilakah tarikh pelaksanaan?
Merujuk kepada soalan daripada YB Rawang mengenai tarikh pelaksanaan Tender Tanah Kerajaan, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan Dasar Garis Panduan Pelupusan Tanah Kerajaan melalui Kaedah Jualan di Negeri Selangor melalui Pekeliling PTGS Bil. 6/2010 yang mula dikuatkuasakan pemakaian pada 20 April 2010. Terdapat dua kaedah jualan yang dinyatakan di dalam pekeliling tersebut iaitu:-
Pelupusan secara jualan terus; atau ii. Pelupusan secara tender
Seterusnya, Pejabat Tanah dan Galian Selangor juga telah mengeluarkan Garis
Panduan Pelupusan Tanah Kerajaan Melalui Tender Terbuka melalui Arahan Pengarah Tanah Galian Selangor bil.3/2016 yang mula dikuatkuasakan pada 1 September 2016.
-
Apakah kriteria dalam menentukan sama ada sesuatu lot tanah itu akan ditenderkan?
Kriteria tanah Kerajaan yang akan ditenderkan adalah seperti berikut:-
- Tanah yang berpotensi untuk dibangunkan bagi tujuan perniagaan, industri dan pembangunan perumahan
- Pembangunan tersebut mesti sesuai dengan zoning Rancangan Tempatan iii. Tanah-tanah yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti satu lot tanah yang dimohon oleh ramai pemohon.
Pentadbir Tanah perlu mengenalpasti tanah yang berpotensi untuk dilupuskan secara tender terbuka, dan kemudiannya perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam atau Mesyuarat MTES untuk mendapatkan kelulusan supaya tanah ditawarkan secara Tender Terbuka. Setelah mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, barulah urusan Tender Terbuka dilaksanakan oleh Pejabat Tanah Daerah seperti hebahan dan menyediakan peti tender. Seterusnya Jawatankuasa Pembuka Peti Tender akan menyenaraikan senarai petender untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Perolehan Negeri. Keputusan pemilihan petender yang layak oleh Jawatankuasa Perolehan Negeri akan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Setelah itu Pentadbir Tanah akan memaklumkan keputusan kepada petender yang berjaya untuk urusan pembayaran premium dalam tempoh 3 bulan dari notis diterima.
-
Senaraikan lokasi, saiz tanah dan nilai tanah Kerajaan ikut pecahan daerah yang telah ditenderkan bagi tahun 2008-2017
Berikut adalah senarai tanah-tanah Kerajaan yang telah ditenderkan mengikut daerah bermula pemakaian Arahan Pengarah Tanah Galian Selangor bil.3/2016 yang mula dikuatkuasakan pada 1 September 2016.
DAERAH BIL. TENDER
KPI TAHUNAN NILAIAN TENDER KLANG 4 RM49,685,000.00 RM103,712,305.00 SEPANG 1 RM91,000,000.00 RM108,899,991.00 JUMLAH RM140,685,000.00 RM212,612,296.00