Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
149) DASAR RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah matlamat dan konsep Dasar Rumah Selangorku ini?
Dasar Rumah Selangorku telah diperkenalkan bermula pada 1 Januari 2014 bagi menggantikan Dasar Perumahan sebelum ini yang dikenali sebagai Dasar 20:20:10 atau 20:10:10 yang mana ia telah digunapakai sejak sebelum tahun 2000 lagi. Pengenalan Dasar Rumah Selangorku ini adalah bermatlamat supaya dasar perumahan mampu milik yang dirangka ini lebih relevan untuk dipratikkan selaras dengan trend pembangunan kawasan kediaman dan keadaan ekonomi semasa, kepelbagaian dari segi jenis, saiz dan reka bentuk, mengambil kira pendapatan di bawah RM3,000.00 sehinggalah pendapatan RM8,000.00 sebulan serta penyediaan rumah di antara RM42,000.00 sehingga RM250,000.00.
Dasar Rumah Selangorku ini juga diperkenalkan setelah mengambil kira penemuan hasil Kajian Menyeluruh Berkenaan Jenis Kediaman Mampu Milik Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah di Kawasan Lembah Klang yang telah dijalankan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Unit Perundingan Universiti Malaya (UPUM) sejak tahun 2010 lagi. Hasil penemuan kajian tersebut adalah seperti berikut:
- Jurang harga yang ketara di antara rumah kos rendah dengan rumah harga bebas di pasaran;
- Kekurangan pilihan dari segi jenis rumah harga sederhana;
- Ketidakmampuan pembeli yang berpendapatan sederhana rendah dan sederhana khususnya golongan muda (pasangan muda) untuk memiliki rumah; dan
- Rekabentuk rumah kurang menarik dan kemudahan-kemudahan yang tidak mencukupi sehingga menimbulkan ketidakselesaan pada penghuni khususnya perumahan kos
-
Apakah langkah untuk menjadikan dasar ini realistik bukan retorik?
Bagi memastikan Dasar ini realistik dan bukannya retorik, beberapa Langkah Penambahbaikan telah dan akan diambil tindakan iaitu:
i) Fleksibiliti dan Pilihan Yang Pelbagai Dari Segi Jenis Rumah dan Harga Jualan.
- Kepelbagaian dari segi jenis rumah dan harga jualan di antara RM42,000.00 hingga RM250,000.00 memberikan lebih pilihan kepada pemaju dalam menentukan rumah mampu milik yang perlu disediakan oleh mereka sebagaimana peratusan yang telah
ii) Tiada Diskaun Harga Jualan
- Tiada potongan (diskaun) harga jualan bagi Rumah Selangorku yang dijual kepada Bumiputera. Walau bagaimanapun Kuota Jualan Bumiputera adalah kekal sebagaimana yang telah
iii) Pengawalan
- Pembangunan RUMAH SELANGORKU khususnya Jenis A hendaklah dibangunkan di fasa pertama pembangunan atau serentak dengan pembangunan perumahan yang
- Semua senarai pembeli RUMAH SELANGORKU perlu mendapatkan daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah (LPHS) melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah (SPPR) bagi RUMAH SELANGORKU Jenis A dan Sistem Pendaftaran Rumah Mampu Milik Selangor bagi Jenis B, C dan
- Kegagalan pemaju untuk mendapatkan senarai nama daripada LPHS boleh dikenakan denda sebanyak 10% daripada nilai jualan rumah bagi setiap unit rumah yang
- Semua urusan permohonan kebenaran pindah milik bagi semua jenis rumah harga kawalan ini kelak perlu di rujuk kepada LPHS untuk diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk
- Sebarang penangguhan, pengecualian dan pemindahan penyediaan RUMAH SELANGORKU perlu mendapat pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
- Pemaju perlu mengemukakan Jadual Pelaksanaan Kerja bagi pembangunan RUMAH SELANGORKU kepada LPHS sebaik sahaja Pelan Bangunan diluluskan oleh PBT bagi tujuan
- Pindah milik RUMAH SELANGORKU daripada pegangan Bumiputera kepada Bukan Bumiputera sekiranya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri akan dikenakan caj 7% daripada harga asal rumah tersebut dan sekiranya pindah milik dibuat tanpa kelulusan akan dikenakan lagi tambahan denda pelanggaran sebanyak 5%.
-
Sejauh manakah kesan dasar ini di Selangor setakat ini?
Memandangkan Dasar ini baru sahaja diperkenalkan bermula 1 Januari 2014 yang lepas, maka adalah sukar untuk melihat keberkesanan pelaksanaan dasar ini memandangkan keperluan Rumah Selangorku ini masih peringkat awal perancangan dan projek terse0but belum