Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
266) DASAR RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SELANGOR ‘RUMAH SELANGORKU’
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pecahan jenis Rumah Selangorku yang disyaratkan kepada pemaju untuk projek pembangunan melebihi 50 ekar.
Untuk makluman Y.B, bagi projek pembangunan yang melebihi 50 ekar, pemaju disyaratkan untuk membina 50 peratus Rumah Selangorku . Pecahan jenis Rumah Selangorku pula adalah 10 peratus terdiri daripada Rumah Selangorku Jenis A manakala 40 peratus lagi perlu disediakan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.
Kerajaan Negeri juga memberi pilihan kepada pemaju untuk membina Rumah Selangorku ini jenis teres satu atau dua tingkat atau rumah bandar ’town house’ bagi jenis C dan D terutamanya di zon/ kawasan luar bandar. Perincian jenis Rumah Selangorku Jenis A,B,C dan D adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1 : Perincian Rumah Selangorku dan Peratusan Pembinaan
Jenis Bangunan Kediaman Luas Binaan (kp) Harga Jualan Maksima (RM) Peratus Pembinaan (%) Rumah Selangorku Jenis A 700 42,000.00 10 Rumah Selangorku Jenis B 750 100,000.00 40 Rumah Selangorku Jenis C
**800 atau 150,000.00 **900 atau 180,000.00 *18’ X 60’ 200,000.00 Rumah Selangorku Jenis D
1,000 atau 220,000.00 *20’ X 60’ 250,000.00 *Jenis bertanah ’landed’ – Rumah Teres 1 atau 2 Tingkat
**Boleh disediakan dengan Jenis Rumah Bandar ’Town House’ 2 Tingkat
-
Adakah syarat kuota serta diskaun khusus untuk pembeli bumiputera di dalam dasar baru ini dikekalkan?
Bagi Dasar Rumah Mampu Milik Negeri Selangor ”Rumah Selangorku” ini, syarat kuota Bumiputera masih dikekalkan mengikut kawasan DUN serta berdasarkan sosioekonomi penduduk setempat. Pemberian diskaun tidak diberikan kepada pembeli Bumiputera memandangkan harga jualan Rumah Selangorku merupakan harga kawalan yang mana ianya lebih rendah daripada kos pembinaan dan harga pasaran semasa. Walaubagaimanapun, diskaun kepada pembeli Bumiputera bagi rumah harga bebas tetap dilaksanakan dan dipantau.