Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
23) DASAR PERUMAHAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Dasar Perumahan Negeri Selangor digubal dan apakah visi utama dasar ini?
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014 berdasarkan kepada Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Bilangan 1 Tahun 2013 berkenaan Dasar
Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) berdasarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 35/2013 bertarikh 13 November 2013 bagi menggantikan Dasar 20 : 20 : 10 atau 20 : 10 : 10.
Di antara visi utama Dasar Rumah Selangorku adalah bagi merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ iaitu memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa, selamat serta kondusif untuk didiami.
Dasar ini juga menekankan kepada penyediaan perumahan mampu milik atau „Affordable Homes‟ yang pelbagai dari segi lokasi, jenis dan saiz pada harga bermula RM42,000.00 sehingga RM250,000.000.
-
Senarai jumlah unit Rumah Selangorku yang disasarkan,telah dibina dan unit yang tidak dapat dijualkan mengikut kategori dan pecahan daerah.
Untuk makluman yang Berhormat, dasar Rumah Selangorku hanya mula di perkenalkan pada tahun 2014. Berdasarkan ucapan Y.A.B Dato‟ Menteri Besar semasa ucapan pembentangan bajet 2015 telah mensasarkan untuk membina sebanyak 15,000 unit Rumah Selangorku dalam tempoh masa (3) tahun bermula Tahun 2015 hingga 2018. Walau bagaimanapun, sehingga kini sebanyak 96,832 unit daripada keseluruhan Rumah Selangorku telah dirancang dan diluluskan
oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang mana akan dibina secara berperingkat. Sehingga kini (Jun 2017), sebanyak 22,655 unit Rumah Selangorku sedang dibina dan sebanyak 1,054 unit telah pun disiapkan & diserahkan kepada para pembeli. Perincian mengikut tahun kelulusan MMKN adalah seperti berikut :-
TAHUN KELULUSAN
(MMKN)
SIAP DIBINA DALAM PEMBINAAN
BELUM DIBINA BIL PROJEK ADA KM ADA KM+BP TIADA KELULUSAN 2014 5 (518) 13 (4,380)
8 (2,625) 6 (1,513) 5 (2,732) 37 (11,768)
2015 1 (536) 23 (18,015)
31 (14,736)
8 (7,813) 22 (18,544)
85 (59,644)
2016 – 1 (260) 2 (608) 1 (492) 21 (15,779)
25 (17,139)
2017 – – – – 21 (8,281)
21 (8,281)
JUMLAH 6 (1,054) 37 (22,655)
41 (17,969)
15 (9,818)
69 (45,336)
168 (96,832)
125 (73,123)
Projek Rumah Selangorku yang telah siap dibina dan telah diserahkan kunci sehingga Jun 2017. Perincian adalah seperti berikut :-
Bil. PBT Nama Projek Lokasi Projek Bilangan Unit
Tahun Siap Dibina
1. MPKj TJ Land Sdn. Bhd. Di Atas Lot 1024, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat. 92 (Jenis D)
21 Okt 2014 2. MBSA Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd. PT 32411 (Lot Asal PT 20028, PT 20642 Dan PT
20643), Taman Alam
Budiman, Seksyen U10 Shah Alam, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling.
536 (Jenis C) 22 Mac 2016 3. MPAJ Twin Ridge Sdn. Bhd. Lot 12010 (PM 46), Lot 1211 (PM 47), Lot 5034 (HSD
20589) Dan Lot 5035 (HSD
20590), Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak.
42 (Jenis D)
15 Jun 2017 4. MPKj TPPT Sdn. Bhd. Di Atas Lot 43783, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat. 57 (Jenis D)
12 May 2017 5. MPSp Wandeerfull Property
Development Sdn. Bhd.
Hakmilik PM 4851 Lot 786, PM 4852 Lot 787, Mukim
Dengkil, Daerah Sepang.
198 (Jenis C) 07 Mac 2017 6. MDHS Perbadanan Kemajuan
Negeri
Selangor
(PKNS)
Di Atas Sebahagian PT1 HS(D) 39397 Seksyen 1D
(Fasa 1), Antara Gapi,
Bandar Sungai Chik, Daerah Hulu Selangor.
129 (Jenis D) 08 Mac 2017 JUMLAH UNIT 1,054 Senarai kategori dan pecahan daerah bagi baki unit kosong Rumah Selangorku yang boleh ditawarkan kepada orang awam adalah sebanyak 1,986 unit adalah seperti berikut :
DAERAH BAKI UNIT KOSONG YANG BOLEH DITAWARKAN A B C D PETALING – – 102 383 KLANG – – 35 65 HULU LANGAT 15 551 196 153 GOMBAK 30 – 85 – SEPANG – 23 348 – HULU SELANGOR – – – – KUALA SELANGOR – – – KUALA LANGAT – – – SABAK BERNAM – – – JUMLAH 45 574 766 601 KESELURUHAN 1,986 UNIT Walaubagaimanapun, senarai unit yang boleh ditawarkan di atas adalah bermaksud masih terdapat senarai pemohon yang dalam senarai menunggu untuk ditawarkan Rumah Selangorku. Ini kerana, projek tersebut termasuk juga projek yang baru berdaftar dan dalam proses untuk ditawarkan kepada pemohon yang dalam senarai menunggu. Sehingga kini, senarai pemohon yang berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor seperti di bawah ;
PERKARA JUMLAH PERMOHONAN YANG DITERIMA A B C D JUMLAH 90,580 9,659 26,281 19,192 KESELURUHAN 145,712 -
Apakah faktor yang menyebabkan Rumah Selangorku tidak dapat dijual?
Antara faktor yang menyebabkan Rumah Selangorku tidak dapat dijual disebabkan oleh pelbagai faktor seperti faktor manusia, fizikal bangunan, persekitaran dan sebagainya. Berdasarkan rekod di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor sehingga 30 Jun 2017, faktor utama Rumah Selangorku tidak dapat dijual adalah disebabkan oleh kegagalan pemohon memenuhi syarat kelayakan pinjaman yang ditetapkan oleh institusi kewangan/bank seperti mempunyai komitmen yang tinggi, tiada wang pendahuluan atau deposit, disenaraihitam oleh pihak bank atas masalah pembayaran PTPTN, Kad Kredit dan sebagainya. Selain itu, faktor lokasi dan rekabentuk juga turut mempengaruhi kepada penolakan tawaran ini disebabkan oleh pemindahan tempat kerja pemohon, kemajuan kerja pembinaan baru bermula atau kerja awalan dan pemohon mempunyai pelbagai pilihan projek dan jenis Rumah Selangorku yang sedang dimajukan.
Terdapat juga kes-kes tertentu, pemohon yang telah ditawarkan Rumah Selangorku turut gagal dikesan berdasarkan rekod pendaftaran pemohon di atas talian disebabkan kegagalan pemohon untuk mengemaskini maklumat alamat kediaman terkini atau nombor telefon atau alamat email pemohon sendiri. Selain itu, berlaku kes kematian, penceraian, hilang pekerjaan dan sebagainya telah menyebabkan urusan pembelian tidak dapat diteruskan.