Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

234) DASAR PERUMAHAN BAGI MENGELAK PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar perumahan yang akan diperkenalkan bagi mengelak projek perumahan terbengkalai?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang mengambil beberapa langkah yang lebih komprehensif dan berkesan dengan memperkenalkan beberapa dasar baru bagi mengelak projek perumahan terbengkalai seperti berikut :

    • Kerajaan Negeri akan minta KPKT untuk meningkatkan penguatkuasaan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) melalui pemantauan 6 bulan sekali di mana pemaju diwajib menghantar  Borang 7F untuk memaklumkan status terkini kedudukan projek yang sedang dibina.
    • Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu memantau secara dekat dimana Jadual Kedua Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 menghendaki pemaju mengemukakan Borang-borang A, B, C, D dan E kepada PBT dan salinan borang-borang tersebut perlu dikemukakan kepada LPHS bagi tujuan pemantauan. Dengan mengemukakan salinan-salinan borang tersebut LPHS akan dapat mengenal pasti sekiranya berlaku masalah terhadap sesebuah projek dan tindakan awal akan dapat dijalankan.
    • LPHS melalui sistem pendaftaran pemaju akan memantau terus projek dimana pemaju dikehendaki berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Selain dari itu mereka turut dikehendaki mengemukakan laporan status projek berserta jadual kerja bagi setiap projek pembangunan di Selangor bagi tujuan pemantauan dan setiap projek dijalankan mengikut jadual. Dengan sistem pendaftaran pemaju ini, LPHS juga akan bertindak sebagai ‘one stop centre’ di mana semua maklumat dikumpulkan dan diedarkan kepada semua Bank, PBT dan KPKT sebagai sistem amaran awalan sekiranya berlaku projek terbengkalai. Lawatan ke tapak projek akan dijalankan dari masa ke semasa bersama pihak perunding projek, bank-bank berkenaan dan PBT sekiranya projek tersebut menunjukkan ciri-ciri projek akan bermasalah.
    • Konsep Bina dan Jual perlu dilaksanakan lebih meluas lagi, demi melindungi rakyat daripada dianiaya oleh pemaju. Melalui konsep ini masalah projek terbengkalai tidak akan berulang.
  2. Berapakah projek perumahan terbengkalai yang sudah dan masih belum diselesaikan?

    Dengan mengambil kira bidang kuasa Kerajaan Negeri yang terhad dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, adalah dimaklumkan sehingga kini Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan sebanyak 24 projek yang melibatkan 9,431 unit dari Mac 2008.

    Walaubagaimanapun terdapat sebanyak 135 projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor melibatkan 46,879 pembeli yang masih belum dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri. Setakat ini, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang dipengerusikan oleh saya sendiri, telah mengenalpasti sebanyak 9 projek terbengkalai untuk dipulihkan semula. Manakala sebanyak 14 projek sedang berjalan semula dan 112 projek masih dalam peringkat kajian dan perancangan pemulihan oleh Kerajaan Negeri.

  3. Bagaimana dengan perumahan yang terbengkalai disebabkan injunksi mahkamah, serta adakah dibenarkan injunksi terhadap perumahan bagi orang miskin?

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum, pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat boleh mengambil tindakan injunksi mahkamah termasuk juga kes perumahan orang miskin yang melibatkan penempatan semula setinggan. Begitu juga keadaannya apabila pihak-pihak berkepentingan ke atas tanah dan projek tersebut untuk mengambil tindakan injuksi Mahkamah di atas sebab-sebab tertentu. Oleh demikian, Kerajaan Negeri tidak mempunyai “locus standi” untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat bagi menghalang tindakan injuksi yang diambil oleh pihak berkepentingan ke atas projek tersebut dan perkara ini tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah. Apa yang Kerajaan Negeri boleh lakukan ialah dengan memberikan khidmat guaman percuma kepada pembeli terlibat jika diperlukan.

    STATISTIK PROJEK TERBENGKALAI DI NEGERI SELANGOR SEHINGGA 31 MEI 2011

                    PROJE K

    INDUS TRI

      PROJEK

    PEMBESA RAN

    KAMPUNG

      JUMLA H

    PROJE K

         
    PROJEK

    PERUMAH AN

      PROJEK

    KOMERS

    IAL

    N O   KAWASA

    N PBT

    JUMLA H UNIT  
         
         
    1 MPK   23   5   1 29 4,061
    2 MBPJ   3   4   7 2,996
    3 MBSA   15   1   1 17 5,160
    4 MPSJ   5   3   8 7,734
    5 MPAJ   10   1   11 2,949
    6 MPKj   11     11 4,150
    7 MPS   9   1   2 12 2,310
    8 MPSp   8     8 3,641
    9 MDKS   8     2 10 7,111
    10 MDHS   6   1   5 12 5,955
    11 MDKlgt   7   2   9 1,032
    12 MDSB   1     1 32
      JUMLAH                  
      106   18   2   9   135     46,879  
     

    19 Projek Terbengkalai Yang Berjalan Semula Seperti Berikut  :

             
    BIL   NAMA PROJEK   NAMA PEMAJU   BIL. UNIT   KWSN PBT
             
    1. Projek Perumahan Saujana Puchong, Mukim Petaling Tetuan Expand Faxtor Sdn. Bhd. 203 Unit MPSJ
    2. Lestari Puchong – Kos Rendah Lestari Puchong Sdn Bhd 400 Unit MPSJ
    3. Taman Puncak Jalil,          Mukim

    Petaling

    Tetuan Maxisegar Sdn. Bhd. 7,041 Unit MPSJ
    4. Services Kondominium Kinrara Tetuan Sentosa Restu Sdn. Bhd. 1,131 unit MPSJ
    5. Projek        Perumahan      Lestari

    Putra

    Tetuan            Lestari            Puchong Sdn. Bhd. 1592 Unit MPSJ
    6. Pembangunan Apartment Seri Putri Jalan Rama-rama 20/2, Seksyen 20, Shah Alam. Pemilik : MBSA

    Diambilalih Oleh Semangat Ulung S/B

    312 Unit MBSA
    7. Rumah Kos Rendah, Jalan Pluto U5/158, Seksyen U5, Shah Alam Tetuan       Unique     Creation

    Sdn. Bhd.          Diambilalih oleh ECL Management Sdn Bhd

    840  Unit MBSA
    8. Penempatan Setinggan Bukit Botak – Pengambilan Tanah Delpuri Corp. Sdn Bhd.

    – Diambialih oleh PKNS

    1,422 Unit MPS
    9. Projek Pembangunan Kampung Tengah, Mukim Setapak Tetuan Kemuncak Laksana Sdn. Bhd. 246 Unit MPS
    10. Taman Prima Hijau Tetuan Lim Chin Hin & Sons Industries Sdn Bhd 330 Unit MPS
    11. Desa Seri Baiduri, Desa Permai 2 & Seri Jentayu 13 Rhid Development Sdn Bhd 66 Unit MPK
    12 Pembangunan               Kawasan

    Industri @ Industri Ringan,

    Mukim

    Tetuan Farbina S/B

    Tetuan           Tiara          Etika

    Development (M) S/B

    783 Unit MPK

     

    13. Bandar            Pinggiran             Cyber, Cyberjaya Tetuan Perspektif Perkasa Sdn. Bhd. 404 Unit MPSp
    14. Projek         Perumahan        Putra

    Perdana (La Cottage) Dengkil,

    Sepang

    Tetuan Intel Vest Sdn. Bhd

    – telah digulung dan dibawah Rimbun Capital Sdn Bhd.

    187 Unit MPSp
    16. Rumah Kos Rendah 2,500 Unit, Alam Perdana, Ijok. LBCN Developments

    – Dipulihkan oleh SPNB

    2,500 Unit MDKS
    17. Perumahan Kos Rendah Di Taman Sungai Yu Indah, Kuala Selangor Tetuan Syarikat Serambi Padu Sdn. Bhd. 499 Unit MDKS
    18. Cadangan      Membina      Rumah

    Teres Di Bandar Saujana Putra

    Tetuan Sanjung Hemat Sdn. Bhd. 531 Unit MDKlgt
    19. Rumah Teres 1 Tingkat di atas Lot 5341, Olak Lempit-Dengkil Tetuan             Konsortium             Nuri Sdn. Bhd.

    (Liquidator) Dipulihkan            SPNB

    54 unit MDKlgt
        17,579 UNIT
    JUMLAH
     

     

     

    Ini telah dilaksanakan melalui sistem pemantauan sedia ada yang telah diperuntukkan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).

    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meningkatkan penguatkuasaan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi memantau 6 bulan sekali ke atas pemaju dengan mewajibkan mereka menghantar Borang 7F untuk memaklumkan status terkini kedudukan projek yang sedang dibina.

    Di samping itu, Kerajaan Negeri telah mengarahkan PBT memantau secara dekat melalui Jadual Kedua Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang menghendaki pemaju mengemukakan Borang-borang A, B, C, D dan E kepada PBT dan salinan kepada LPHS bagi tujuan pemantauan. Melalui salinan borang-borang tersebut LPHS akan dapat mengenal pasti sekiranya berlaku masalah terhadap sesebuah projek dan tindakan awal akan dapat dijalankan.

    LPHS juga melalui sistem pendaftaran pemaju akan membuat pemantauan terus projekprojek yang berdaftar dengan LPHS.  Pemaju diwajibkan berdaftar sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang diluluskan oleh PBT. Laporan status projek berserta jadual kerja bagi setiap projek pembangunan di Selangor juga dikemukakan secara berkala bagi memastikan projek berjalan mengikut jadual. Melalui sistem pendaftaran ini LPHS bertindak sebagai ‘one stop centre’ di mana semua maklumat dikumpulkan dan diedarkan kepada semua Bank, PBT dan KPKT sebagai sistem amaran awalan sekiranya berlaku projek terbengkalai. Lawatan ke tapak projek akan dijalankan dari masa ke semasa bersama pihak perunding projek, bank-bank berkaitan dan PBT sekiranya projek tersebut menunjukkan ciri-ciri akan bermasalah.

    Pada masa ini, semua nama pengarah syarikat pemaju yang terlibat dengan projek terbengkalai akan diperolehi melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk disenaraihitamkan dan diedarkan kepada semua PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Selangor selain dicadangkan untuk dipaparkan dalam laman web sebagai panduan kepada bakal pembeli rumah. Nama-nama yang telah disenaraihitamkan tersebut tidak akan dibenarkan menjalankan sebarang projek di Negeri Selangor walaupun memiliki syer di bawah nama syarikat yang lain.

     

    BIL PROJEK NAMA PEMAJU UNIT
    1 Cadangan Pembinaan Pangsapuri Kos Sederhana Tinggi Sama Pesona Sdn Bhd 600 Unit
    2 1 Blok Hotel 18, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang. Transhabour Sdn Bhd 258 Unit
    3    Membina       28      Unit       Rumah

    Berkembar di atas Lot 1344, Jalan

    Sri     Banang     14,     Taman     Sri

    Andalas, Mukim Klang

    URC Housing Sdn Bhd 28 Unit
    4 Taman Bunga Ros, Mukim Klang, Klang Tetuan Ram Developer Sdn. Bhd & Tetuan Willow

    Construction Sdn. Bhd

    30 unit
    5    Projek        Perumahan        Taman

    Pinggiran Batu Caves, Daerah

    Gombak

    Tetuan Bee Teck Trading Corporation Sdn. Bhd. 196 Unit
    6 Taman Prima Selayang Di Atas Lot 8213, 6017 Sebahagian Lot 4487, 5510 & Tanah Kerajaan

    Mukim Batu, Gombak

    Kansas Corporation Sdn Bhd 220 Unit
    7 Rumah Teres 2 Tingkat, HS ( D) 56918, PT 31343, Gombak Tetuan Hartawan Pasifik Sdn. Bhd 387 Unit
    8 Taman Hulu Langat Jaya Spring Courts Sdn Bhd 36 Unit
    9 Tmn Wawasan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor    Tetuan       Radiant       Hart

    Construction Sdn. Bhd

    33 Unit
    10    Tmn     Yayasan,     Mukim     Kuala

    Selangor

    Tetuan Pramax Sdn. Bhd.

    JV        Tetuan        Yayasan

    Selangor

    77 Unit
    11 Cadangan Pembinaan Bercampur

    Pusat     Komersial,    Seksyen    7,

    Bandar Shah Alam

    Tetuan PCM Bina Sdn. Bhd 1,514 Unit
    12 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ, Shah Alam Tetuan LBS Bina Group Berhad 30 unit

     

    13 Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam. (Pangsapuri Okid) SPNB /Unique Creation 580 Unit
    14 Cadangan Membina Rumah/Kedai

    4 Tingkat Taman Serdang Perdana, Seksyen 5, Mukim

    Petaling, Daerah Petaling

       Tetuan     Green     Cresent

    Sdn. Bhd.

    512 Unit
    15 Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan Pangsapuri

    Perkhidmatan, UEP Subang Jaya,

    Mukim        Damansara,        Daerah

    Petaling

       Tetuan     Sanjung     Utama

    Sdn. Bhd.

    1,316 Unit
    16 Projek Taman Puncak Jalil, Fasa 9

    B, 9 C, 9F, 12, 19 dan 21

    Talam Corporation Bhd. 1,447 Unit
    17 Cadangan Rumah Berkembar 21 Unit 2 Tingkat dan 47 Unit rumah Teres 2 1/2 Tingkat, Taman

    Kosas, Mukim Ampang, Daerah

    Hulu Langat (MPAJ)

       Tetuan                   Koperasi

    Serbaguna         Anak-Anak

    Selangor Berhad

    203 Unit
    18    Projek     Pembesaran      Kampung

    Gesir     Tengah,     Daerah     Hulu

    Selangor

    HRK Holdings Sdn. Bhd. 128 Unit
    19 Kompleks Kota Kajang, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Windhill Development &

    Construction Sdn. Bhd.

    100 Unit
    20 Taman Nilam,  Mukim Ujung Permatang, Daerah Kuala

    Selangor

    Tetuan Richmall Sdn. Bhd. 84 unit
    21 Putra Intan Kondominium Pemaju Asal : Lembah

    Kerjaya (Telah Digulung)

    Diambil Alih Oleh Rimbun

    Capital Sdn Bhd

    300 Unit
    22 Taman Khalid Al-Walid, Shah Alam Nuri Konsortium Sdn Bhd Diambilalih Oleh SPNB 48 Unit
    23 Lagoon Perdana, Subang Jaya Pemaju : Tenaga Gagah S/B

    Diambilalih       Oleh      IJM

    Construction

    1,052 Unit

     

    24    Projek     Pembesaran Kampung

    Desa Alam Ria

    Tetuan JKKK Sg Masin & Gerak Utusan Corp. S/B 252 Unit
    Jumlah Pembeli/Unit 9,431 unit

Lampiran

Tiada Lampiran.