Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

137) DASAR PEROLEHAN PKNS

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah benar bahawa dasar perolehan PKNS hanya dibuka kepada syarikat Bumiputera 100%?

    Dasar Perolehan PKNS adalah berpandukan kepada Peraturan Perakaunan dan Kewangan PKNS yang telah diluluskan oleh Ahli Perbadanan PKNS. Kenyataan Dasar Perolehan PKNS hanya dibuka kepada syarikat Bumiputera 100% adalah tidak

     

    Dasar Perolehan PKNS adalah seperti berikut :

     

    ·         Perolehan Sebut Harga (Kurang daripada RM500,000)

    §  Perolehan Tender (Lebih daripada RM500,000)

     

    • Terdapat 2 jenis Tender iaitu Tender Kerja dan Tender Bekalan dan Perkhidmatan

     

    1. Tender Kerja

     

    • Kesemua tawaran tender PKNS hanya dipelawa kepada syarikat yang bertaraf Bumiputera sahaja kecuali bagi kerja-kerja kepakaran adalah terbuka kepada syarikat Bumiputera atau Bukan

     

    1. Tender Bekalan dan Perkhidmatan

     

    • Hendaklah ditawarkan kepada syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan terbuka kepada Syarikat Bumiputera atau Syarikat Bukan Bumiputera

     

    • Perkhidmatan Perunding

     

    • Adalah perkhidmatan yang disediakan oleh firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang perkhidmatan perunding berkaitan dan di kategori sebagai perunding fizikal dan perunding bukan

     

    • Pelantikan Perunding adalah terbuka kepada Syarikat Bumiputera atau Bukan
  2. Memandangkan PKNS dibiayai oleh wang pembayar cukai semua rakyat Selangor tanpa mengira kaum, adakah dasar ini masih relevan pada masa sekarang?

    Tidak berkaitan

  3. Apakah kesan TPPA terhadap dasar perolehan PKNS?

    Tidak berkaitan. Dokumen TPPA masih bersifat sulit dan belum dihebahkan untuk pengetahuan umum oleh Kerajaan Pusat

Lampiran

Tiada Lampiran.