Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

214) DASAR PERLANTIKAN AHLI MAJLIS

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk memansuhkan atau meminda polisi perlantikan ahli majlis Kerajaan Tempatan dengan membenarkan semula wakil rakyat kawasan dilantik secara automatik sebagai ahli majlis?

    Kerajaan Negeri telah mengeluarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1/2021 – Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor berkuat kuasa 1 September 2021. Garis Panduan ini adalah hasil gabungan antara Garis Panduan Kriteria Pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (2013) dan Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (2010) yang memperjelas dan memperkukuhkan peranan seseorang ahli majlis. Garis Panduan ini turut merangkumi kriteria pemilihan, pelantikan, penamatan dan penetapan mesyuarat secara menyeluruh. Berdasarkan garis panduan tersebut, wakil rakyat kawasan tidak dilantik atau dilantik secara automatik sebagai ahli majlis mengikut kawasan masing-masing. Oleh yang demikian, buat masa ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor menjadikan Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor sebagai rujukan dalam pengurusan ahli majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.