Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

251) DASAR PENSWASTAAN DALAM PBT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak tapak-tapak perniagaan yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebelum ini telah diswastakan pengurusannya kepada pihak ketiga untuk tempoh yang lama. Syarikatsyarikat pengurusan tersebut mengaut keuntungan berlipat ganda melalui sewaan yang tinggi kepada peniaga, dan hanya membayar PBT kadar sewa yang rendah. Adakah terdapat dasar penswastaan Kerajaan Negeri untuk Pihak Berkuasa Tempatan. Sila nyatakan

    Pada ketika ini, semua permohonan penswastaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan Garis Panduan Memproses Permohonan dan Pelaksanaan Projek Penswastaan Di Negeri Selangor Darul Ehsan melalui Pekeliling Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor Darul Ehsan Bil. 3 Tahun 1998.

    Pekeliling ini menjelaskan garis panduan memproses permohonan dan pelaksanaan projek yang melibatkan tanah Kerajaan atau lain-lain projek penswastaan (perkhidmatan) di Negeri Selangor di mana semua keputusan akan diperoleh melalui pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor.

    Dalam hal ini, Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa semua permohonan projek penswastaan hartanah yang melibatkan tanah kerajaan perlu dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor sebelum dibentangkan ke Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Sebaliknya, jika tanah-tanah adalah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), maka PBT berkenaan perlu membentangkannya terus ke MTES untuk mendapatkan keputusan Pihak Berkuasa Negeri.

     

    Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya tidak lagi menerima apa-apa pulangan dalam bentuk in-kind sebagai balasan kepada projek-projek penswastaan yang akan datang.

     

  2. Senaraikan tapak-tapak perniagaan yang di bawah PBT yang telah diswastakan pengurusannya serta nama syarikat-syarikat tersebut dan tempoh yang diserahkan pengurusannya

    1. Berikut adalah senarai tapak-tapak perniagaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah diswastakan pengurusannya dan nama syarikat serta tempoh konsesi:
    Bil. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Projek Penswastaan
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Lampiran A
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Lampiran B
    3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lampiran C
    4. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Lampiran D
    5. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Lampiran E
    6. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Lampiran F
    7. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Lampiran G
    8. Majlis Perbandaran Klang (MPK) TIADA
    9. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) TIADA
    10. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) TIADA
    11. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) TIADA
    12. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) TIADA

     

     

                                                                                                                                                                         LAMPIRAN A

     

     

    PROJEK PENSWASTAAN 

    MAJLIS BANDAR RAYA SHAH ALAM (MBSA)

     

    Bil. Projek Penswastaan Syarikat Pemaju Tempoh Konsesi 

    (BOT)

    1. Cadangan pembangunan Bazaar dan gerai di atas lot No.1 ( PT575 ) Jalan G9/G, Seksyen 9, Shah Alam. Tetuan Johanjana Corporation Sdn.Bhd. 30 tahun.
    2. Cadangan projek pembangunan tapak gerai di No. 2, Jln Bunga Melor 2/18, Seksyen 2 Shah Alam. Tetuan Konsortium Permodalan Shah Alam  (KPSA) Sdn. Bhd. 30 tahun.
    3. Cadangan pembangunan gerai makanan konsep gazebo di tapak gerai No.2, Jalan19/18A Seksyen 19 Shah Alam. Tetuan Cindai Gemilang Sdn. Bhd. 30 tahun.
    4. Cadangan Pembangunan Kompleks

    medan selera di atas tanah milik Majlis di No.1, Jln Lompat Tinggi 13/33, Shah Alam.

    Tetuan Lazim Berkat Sdn. Bhd. 30 tahun.
    5. Cadangan pembangunan Fast Food’ dalam komponen ‘Extreme Sport Park’ di perkarangan Stadium Seks. 13 Shah Alam. Tetuan Ain & Azam Sdn. Bhd. 30 tahun
    Bil. Projek Penswastaan Syarikat Pemaju Tempoh Konsesi 

    (BOT)

    6. Cadangan menaik taraf serta membangun pusat rumah rehat & rekreasi di kawasan Taman Tasik Barat Shah Alam. Tetuan Sri Antan Sdn Bhd. 30 tahun
    7. Cadangan membina kompleks sukan futsal 1 tingkat di atas tapak  (Shah Alam Extreme park)  Perkarangan

    Stadium Shah Alam Jalan lompat

    Pagar 13/37, Seksyen 13, Shah Alam

    Tetuan Prinsip Duta Sdn. Bhd. 30 tahun.
    8. Projek pembangunan 3 tingkat secara penswastaan yang mengandungi:

    –  8 unit ruang kedai 2 tingkat;

    –  38 unit bazaar;

    -11 unit gerai;

    -1 unit pusat bowling dan ruang pameran

     

    di Jalan 18/1 Seksyen 18 Shah Alam.

    Tetuan Maximum Progress Sdn. Bhd. 30 tahun.
    9. Pembinaan ruang perniagaan dan gerai2 tingkat di Jalan B 7/B, Seksyen 7, Shah Alam. Tetuan Hikmat Sehati Sdn Bhd. 30 tahun

     

     

    LAMPIRAN B

     

    PROJEK PENSWASTAAN 

    MAJLIS BANDAR RAYA PETALING JAYA (MBPJ)

     

    Bil. Projek Penswastaan Syarikat Pemaju Tempoh Konsesi 

    (BOT)

    1. Kompleks Medan Selera Sri Manja 4, PJS1, Petaling Jaya. Tetuan Rangkaian Nusa Sdn Bhd. 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun
    2. Kompleks     Medan     Selera      Subang

    Indah, Jalan PJS 10/2, Petaling Jaya

     

    Tetuan Complete Master Sdn Bhd 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun

     

                                                                                                                                                                         LAMPIRAN C

     

     

    PROJEK PENSWASTAAN 

    MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ)

     

    Bil. Projek Penswastaan Syarikat Pemaju Tempoh Konsesi 

    (BOT)

    1. Medan Selera 2 Tingkat, Ampang Waterfront, Mukim Ampang Daerah Hulu Langat. Tetuan D’Zana Lodge Sdn.Bhd. 5 tahun (3+2)

     

    LAMPIRAN D

    PROJEK PENSWASTAAN 

    MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)

     

    Bil. Projek Penswastaan Syarikat Pemaju Tempoh Konsesi 
    1. Cadangan Penswastaan Pengurusan Medan Selera Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan Bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya. Tetuan WDS

    Management Services Sdn. Bhd.

    5 + 5 Tahun
    2. Cadangan Penswastaan 6 Gerai ( No1, 2, 3, 4, 5 dan 6 ) di Medan Selera Bandar Puchong Jaya, Mukim Dan Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Tetuan WDS

    Management Services Sdn. Bhd.

    5 Tahun
    3. Cadangan Penswastaan 3 Unit Gerai ( No 6, 7 dan 8 ) Di Medan Selera Bandar Puchong Jaya Mukim Dan Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Tetuan AGN Agency Sdn. Bhd. 5 Tahun
    4. Cadangan Konsep Kerja-kerja Landskap Dan Mempercantikkan Lorong Belakang di antara Jalan SS15/4 Ke Jalan SS14/4E Subang Jaya Secara Usaha sama Dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Tetuan Subang Jaya Konsortium Sdn. Bhd. 20+5 Tahun ( 25 Tahun )

    LAMPIRAN E

     

     

    PROJEK PENSWASTAAN 

    MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj)

     

    Bil. Projek Penswastaan Syarikat Pemaju Tempoh Konsesi

    (BOT) 

    1. Medan Selera Ramal Junction, Kajang. Tetuan Juwara

    Resources (M) Sdn.

    Bhd.

    15 tahun
    2. Hentian            Bas      Semenyih             Sentral, Semenyih. Tetuan Bas Bakti Sdn. Bhd 6 tahun
    3. Terminal Bas Hentian Reko, Kajang. Tetuan Pusaka Padu Sdn. Bhd. 10 tahun

     

                                                                                                       LAMPIRAN F

     

     

    PROJEK PENSWASTAAN 

    MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS)

     

    Bil. Projek Penswastaan Syarikat Pemaju Tempoh Konsesi 
    1. Rumah Rehat Kerajaan Kuala Kubu Baharu. Tetuan S Fik Services. 3 tahun
    2. Dewan Badminton, Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali. Tetuan KB Utama Sports 3 tahun
    3. Dewan Serba guna MIEL, Batang Kali. Tetuan MIEL Futsal 3 tahun
    4. Gerai Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali. Tetuan Ismail Bin Salleh 3 tahun
    5. Dataran Sentosa, Bukit Sentosa. Tetuan DRB Resources Baru ditawarkan
    6. Bazar Serendah, Serendah. Akan diswastakan Julai 2009

     

                                                                                                       LAMPIRAN G

     

     

    PROJEK PENSWASTAAN 

    MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM (MDSB)

     

    Bil. Projek Penswastaan Syarikat Pemaju Tempoh Konsesi

    (BOT) 

    1. D’Muara Dorani Marine Park, Sungai Hj. Dorani. Tetuan Dorani Bayu N Services Sdn Bhd. 4 tahun
    2. Sabak Waterfront, Sabak Bernam. Tetuan Line Allright.Com Sdn. Bhd. 5 tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.