Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

135) DASAR PENJIMATAN KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Dasar Penjimatan Kerajaan Selangor berkesan?

    Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang keputusan atau perakuan pernah dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung Dasar Penjimatan Kerajaan Selangor. Sebaliknya, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat MMKN Bil.45/2014 yang bersidang pada 19 November 2014 ada  meluluskan satu dasar yang diberi nama Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off yang selanjutnya dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2015 sebagai teras kepada penilaian perolehan Kerajaan yang diurus secara sebut harga dan tender. Dasar ini telah menggantikan Dasar Harga Terendah yang digunapakai sebelum tempoh tersebut.

    Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off pada asasnya memberi penekanan terhadap dua (2) fokus utama iaitu penilaian perolehan kerajaan yang berintegriti dan perolehan menguntungkan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan atau Value for Money. Dengan adanya elemen Value for Money tersebut, maka Kerajaan Negeri masih berupaya merekodkan lebihan peruntukan atau penjimatan dalam proses perolehan susulan harga sebut harga atau tender yang diperakukan masih lagi di bawah nilai Anggaran Jabatan (AJ). Berikut adalah statistik yang menunjukkan lebihan atau penjimatan secara tender yang dicapai oleh Kerajaan Negeri seperti rekod Perbendaharaan Negeri Selangor:-

     

    Jadual 1

    Statistik Perolehan Secara Tender Semasa Dasar Perolehan Harga terendah 

    TAHUN BIL

    TENDER

    ANGGARAN

    JABATAN (RM)

    NILAI

    PEROLEHAN (RM)

    JUMLAH

    LEBIHAN

    (RM)

    PERATUS

    (%)

    2011 65   390,790,112.83   279,449,760.57 111,340,352.26 28.49
    2012 74   588,645,064.25   478,434,189.57 110,221,324.67 18.72
    2013 63 392,463,794.71 324,130,967.90 68,332,826.81 17.41
    2014 120 986,071,217.14 845,743,963.72  140,327,253.42 14.23
    JUMLAH 322 2,357,970,188.93 1,927,758,881.76 430,221,757.16 18.25

     Jadual 2:

    Statistik Perolehan Secara Tender Semasa Dasar Penilaian Perolehan Secara Cut Off  (Mulai 1 Januari 2015 hingga kini)  

     

    TAHUN BIL

    TENDER

    ANGGARAN

    JABATAN (RM)

    NILAI

    PEROLEHAN (RM)

    JUMLAH

    LEBIHAN

    (RM)

    PERATUS

    (%)

    2015 90 732,544,411.90 651,710,373.90 80,834,038.00 11.03
    2016 158   1,227,454,314.37 1,003,288,098.55 224,166,215.82 18.26
    *2017 64 739,267,200.64 654,658,255.73 84,608,944.91 11.44
    JUMLAH 312 2,699,265,926.91 2,309,656,728.18 389,609,198.73 14.43

    Nota: sehingga 30 Jun 2017

    Kerajaan Negeri berpandangan Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off telah berjaya mewujudkan situasi menang-menang atau win-win situation di antara pihak Kerajaan Negeri dan kontraktor selaku pemain industri (industry player) dengan adanya mekanisme penilaian secara adil, berintegriti dan sistematik. Mekanisme ini telah membantu Kerajaan Negeri memilih syarikat atau kontraktor yang berkeupayaan tinggi dari segi teknikal dan kewangan pada harga yang munasabah serta menguntungkan Kerajaan Negeri. Justeru itu, Kerajaan Negeri berpandangan dasar sedia ini adalah relevan dan berkesan dalam membantu Kerajaan Negeri melaksanakan perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan mengikut Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan yang telah diperuntukkan setiap tahun.

     

  2. Berapakah jumlah yang dapat dijimat selepas Kerajaan Selangor melaksanakan Dasar Penjimatan di Selangor?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah perancangan Kerajaan terhadap jumlah wang yang dapat dijimatkan berkenaan?

    Kerajaan Negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbendaharaan Negeri sentiasa menyelaraskan agar lebihan peruntukan pada Vot yang terlibat dapat dioptimumkan secara case by case basis seperti berikut:-

    • Membiayai kurangan (short-fall) pada Vot Projek Fizikal yang sama atau projek yang lain yang mengalami peningkatan kos akibat kerja-kerja tambahan (Variation Order), pengukuran semula di tapak Kuantiti Kerja Sementara (Provisional Item) atau peningkatan Wang Peruntukan Sementara (Provisional Sum) bagi kerja-kerja yang yang terbukti benar-benar diperlukan di tapak supaya projek fizikal yang dirancang dapat disiapkan dengan sempurna;
    • Membiayai secara pindahan Vot Projek Fizikal yang pada mulanya telah diperuntukkan dalam anggaran perbelanjaan dengan amaun token RM10.00 sebagai projek tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) agar projek tersebut dapat dimulakan pada tahun semasa; dan
    • Sekiranya tiada keperluan atau wujud kekangan masa, maka peruntukkan tersebut akan meningkatkan rizab kerajaan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.