Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
82) DASAR PENGURUSAN TANAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status tanah yang ditawarkan?
Pada bulan Jun 2011, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program bagi pemilikan tanah kepada warga Selangor. Program ini dilaksanakan khas kepada individu yang telah mengusahakan dan menduduki tanah tersebut sebelum 2008.
Berikut adalah jumlah hakmilik yang telah dikeluarkan mengikut pecahan daerah:
BIL DAERAH JUMLAH 1 Hulu Selangor 1210 2 Hulu Langat 1328 3 Kuala Selangor 307 4 Petaling 536 5 Sepang 604 6 Kuala Langat 25 7 Gombak 1213 8 Sabak Bernam 1736 9 Klang 39 JUMLAH 6998 -
Apakah syarat-syarat layak untuk pemilikan tanah tersebut?
Syarat-syarat kelayakan untuk pemilikan Tanah Kerajaan untuk tujuan bangunan kediaman adalah seperti berikut :
- Individu yang telah lama menduduki Tanah Kerajaan secara haram;
- Individu yang telah luput tempoh pajakan; dan Individu yang telah menduduki dan memegang Lesen menduduki sementara.