Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
39) DASAR PENGURUSAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah garis panduan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)?
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 telah bersetuju bahawa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan dijenamakan semula dengan nama baharu iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Selaras dengan keputusan tersebut, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 19 September 2018 telah bersetuju untuk menggunapakai nama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta – merta.
Pada ketika ini MPKK masih menggunapakai garis panduan sedia ada daripada Kerajaan Negeri Selangor, iaitu Manual Panduan Kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Selangor Darul Ehsan tahun 2001 dan keputusan – keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang masih berkuatkuasa.
Dalam pada itu, MMKN yang bersidang pada 19 Septermber 2018 bersetuju supaya kajian dan penelitian semula terhadap garis panduan sedia ada perlu dilakukan dan kini ianya berada di peringkat akhir untuk memuktamadkanya. Pihak Kerajaan Negeri juga akan menyelaras garis panduan tersebut supaya ianya selari dengan tatacara / panduan yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Kuasa dan urusan pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kekal di bawah Kerajaan Negeri manakala dasar dan tatacara pengurusan MPKK dikawalselia oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
-
Adakah garis panduan sediada yang boleh dirujuk?
Pada ketika ini, pelantikan dan perihal yang berkaitan dengan perkhidmatan Ketua Kampung menggunapakai Manual Panduan Kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Selangor sedia ada yang dikeluarkan pada tahun 2001 dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang
Kerajaan Negeri kini dalam proses akhir membuat semakan dan penelitian terhadap Garis Panduan Dasar dan Peraturan Mengenai Pelantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor Bil. 1 / 2018 sebelum dibentangkan di dalam MMKN.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang supaya lantikan Pengerusi MPKK ini berjawatan kontrak?
Kampung adalah seorang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi memimpin dan mengetuai sesuatu kampung di Negeri Selangor. Pelantikan Ketua Kampung dibuat secara “contract for service”. Ketua Kampung yang dilantik secara “contract for service” bukan merupakan anggota perkhidmatan awam. Justeru itu, mana-mana kelayakan dan peraturan yang terpakai untuk penjawat awam tidak terpakai ke atas Ketua Kampung.
Seterusnya seseorang yang dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Kampung Tradisi juga akan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) secara automatik.