Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

141) DASAR PENGASUHAN ANAK-ANAK GENERASI MASA DEPAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Dasar KNS dalam menggalakkan kewujudan khidmat pengasuhan anakanak di rumah selain yang diwujudkan oleh Kerajaan Pusat di bawah pemgendalian JKM?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak sama ada di rumah atau di institusi didaftarkan secara sah dan mengikuti setiap undang-undang dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak yang terlibat. Tiada dasar khas yang diwujudkan untuk menggalakkan kewujudan khidmat pengasuhan anak-anak. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah menyediakan sebuah kursus, iaitu Kursus Insentif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan ilmu pengetahuan kepada pengasuh kanak-kanak tentang teknik asuhan yang betul di samping dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan seimbang. Melalui kursus ini, pengasuh berpeluang mempelajari pengetahuan asas kaedah pengasuhan yang merangkumi aspek keselamatan, pemakanan dan pendidikan untuk digunapakai semasa mengasuh kanak-kanak dipremis mereka seterusnya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

  2. Apakah impak kepada khidmat pengasuhan atau program-program yang dijalankan setelah Dasar ini di laksanakan?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Nyatakan program-program yang telah dilaksanakan

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.