Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
341) DASAR PENDIDIKAN TINGGI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar pendidikan tinggi negeri Selangor?
- Dasar pendidikan tinggi negeri Selangor ialah ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan berfikiran kritis. Menerusi proses ini, diharap IPTA dan IPTS yang ada dapat menyumbang kepada kemajuan negeri secara berterusan. Kerajaan Negeri menekankan kualiti dan akses pendidikan. Selain IPTA dan IPTS yang lazim wujud di negeri-negeri lain, Kerajaan Negeri juga mempunyai keistimewaan dengan tiga buah IPT negeri iaitu UNISEL, KUIS dan INPENS. Ketiga-tiga institusi ini mempunyai peranan strategik di dalam pembangunan negeri
-
Apakah perancangan untuk melaksanakan dasar tersebut?
- Bagi IPT-IPT di bawah Kerajaan Negeri, tumpuan khusus akan diberikan terhadap isu meningkatkan kualiti pendidikan. Akses pendidikan pula telah dititikberatkan menerusi Program Hadiah Anak Masuk IPT, Tabung Kumpulan Biasiswa Negeri Selangor, dan peruntukan baru RM22 juta khas untuk mahasiswa UNISEL menerusi Tabung Biasiswa dan Dana Bantuan Sara
-
Bagaimanakah peranan institusi pendidikan sedia ada 2014?
Peranan yang dimainkan oleh institusi pendidikan di Selangor pada tahun 2014 adalah memuaskan. UNISEL juga berjaya melahirkan golongan pendidik berkualiti yang diiktiraf badan antarabangsa.Prof. Madya Dr. Nazil Salleh, Dekan Fakulti Bioperubatan & Sains Kesihatan telah diberikan anugerah Chartered Scientist (C.Sci) pada 3 September 2014 oleh Science Council United Kingdom dan merupakan Saintis pertama dari Malaysia yang diiktiraf IBMS Chartered Scientist. INPENS pula terus cemerlang apabila pada tahun ini pelajarnya mewakili Malaysia di Asean Skills Competition-ASC dan World Skills Competition. Begitu juga dengan KUIS yang menunjukkan prestasi yang baik.
Pun begitu diakui masih wujud beberapa cabaran di dalam institusi-institusi pendidikan negeri. Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha penambahbaikan terhadap semua institusi yang berkenaan dari masa ke semasa dan memperluaskan akses pendidikan kepada rakyat.