Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
278) DASAR PENCEGAHAN RASUAH SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membanteras isu rasuah di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
Tindakan Kerajaan Negeri bagi membanteras isu rasuah di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah dengan melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah serta mewajibkan Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menghasilkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP). Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pelbagai program bagi mendidik penjawat awam agar tidak melakukan kesalahan rasuah. Berikut adalah bilangan program yang telah dilaksanakan bagi tahun 2022. Perincian program adalah seperti di Lampiran A.
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri supaya pemberi maklumat dilindungi?
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) adalah akta yang digubal bagi memperuntukkan perlindungan terhadap pemberi maklumat yang telah mendedahkan sesuatu kelakuan tidak wajar.
Perenggan 7(1)
Perlindungan pemberi maklumat
- (1) Seseorang pemberi maklumat hendaklah, apabila pendedahan kelakuan tidak wajar diterima oleh mana-mana agensi penguatkuasaan di bawah seksyen 6, diberi perlindungan pemberi maklumat di bawah Akta ini seperti yang berikut:
(a) perlindungan maklumat sulit;
(b) kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah; dan
(c) perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan,
dan bagi maksud perenggan (c), perlindungan itu hendaklah diperluas kepada mana-mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu.
Penjawat awam juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 yang mewajibkan semua penjawat awam untuk tidak mendedahkan maklumat sama ada secara lisan atau bertulis kepada sesiapa jua berdasarkan perakuan yang telah ditandatangani oleh penjawat awam.
-
Nyatakan jenis kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bilangan kerjasama yang telah dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah seperti dalam jadual di bawah. Perincian jenis kerjasama di Lampiran B.