Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
105) DASAR PEMULIHARAAN TAPAK/BANGUNAN BERSEJARAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memulihara tapak-tapak dan bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah?
PADAT bertanggungjawab untuk menguruskan pemuliharaan tapak / bangunan bersejarah di bawah pengurusan PADAT. Bagi memulihara dan tapak/ bangunan bersejarah tersebut PADAT sedang melakukan kerja konservasi dan pemeriksaan berkala yang bersesuaian dengan kerosakan dan keadaan tapak / bangunan bersejarah tersebut. Mengambil contoh bagi kerja konservasi yang sedang dijalankan adalah rawatan penggaraman (cocoon) di bangunan bekas Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan Gedung Raja Abdullah,
-
Apakah bangunan/tapak di Selangor yang diisytiharkan sebagai warisan dunia? Berapakah peruntukan yang diterima daripada dalam dan luar negara untuk pemuliharaannya?
Sehingga kini, masih belum ada tapak / bangunan bersejarah di Selangor yang telah mendapat pengiktirafan sebagai warisan dunia (sejarah) kecuali Permatang Kuarza yang telah dicadangkan sebagai warisan dunia (alam semulajadi). Bagi tapak / bangunan bersejarah di bawah pengurusan PADAT, peruntukan yang diterima bagi kerja pemuliharaan adalah dalam bentuk peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri. Dari tahun 2011-2015, sebanyak RM 2,530,000.00 telah diberikan bagi tujuan tersebut, manakala bagi tahun 2016 tiada peruntukan yang disediakan.