Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

193) DASAR PEMILIKAN TANAH/RUMAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pemberian geran hak milik tanah kediaman dengan pembayaran RM 1000 bercanggah dengan kanun tanah negara atau mana-mana akta tanah?

    Merujuk kepada Pekeliling PTGS Bil.6/2011 :Garis Panduan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bangunan Kediaman Persendirian di Negeri Selangor yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2011, sekiranya individu memilih untuk membayar premium nominal pada kadar RM1,000.00, hakmilik akan dikeluarkan kepada individu tersebut.

    Peruntukan di dalam seksyen 76 KTN dengan jelas membenarkan pemberimilikan tanah sebagai balasan pembayaran premium. Premium RM1,000 ini, bukanlah initial premium atau dianggap sebagai bayaran deposit premium untuk mendapatkan dokumen hakmilik tanah. Bayaran RM1,000.00 hendaklah sentiasa dirujuk sebagai bayaran premium NOMINAL RM1,000.00, bagi mengelakkan kekeliruan dari semua pihak.

  2. Berapakah anggaran kekurangan kutipan bawah tajuk pelupusan tanah setiap tahun di PTG negeri?

    Namun, sekatan kepentingan tambahan akan dikenakan kepada pemilik (individu yang memilih untuk membayar premium nominal RM1,000) iaitu;

    • pemilik hendaklah menjelaskan bayaran khas tanah kepada Kerajaan Negeri sebelum apa-apa urusan pindahmilik melalui kaedah jual beli atau permohonan mengubah kategori dan syarat nyata tanah baru didaftarkan. (seperti di dalam Pekeliling PTGS Bil.6/2011)
    • Bayaran Khas tanah ini hendaklah tidak dianggap sebagai baki bayaran premium atau premium yang perlu dijelaskan, memandangkan Bayaran Khas ini BUKAN merupakan bayaran premium yang perlu dibayar oleh pemilik tanah.
    • Bayaran Khas ini hanya perlu dijelaskan oleh pemilik tanah sekiranya beliau ingin menjual tanah tersebut atau mengubah syarat nyata tanah

    (seperti di dalam Sekatan Kepentingan Tambahan)

    Justeru, tiada percanggahan terhadap KTN mahupun Kaedah-Kaedah Tanah Selangor dan sebagai langkah berjaga-jaga, bayaran khas tanah ini hendaklah senantiasa dirujuk sebagai Bayaran Khas Tanah dan bukannya baki premium yang perlu dibayar.

    Anggaran tidak dapat dibuat kerana kutipan premium merupakan hasil bukan cukai dan Kerajaan juga tidak dapat satu angka asas untuk membuat perkiraan memandangkan dasar ini terbuka bukan sahaja kepada tanah-tanah kerajaan yang dipohon pemberimilikan tetapi juga tanah-tanah milik secara pajakan yang boleh diserah balik untuk tujuan menyambung tempoh pajakan atau/dan mengubah syarat kepada tanah kediaman. Memandangkan dasar ini baru dilaksanakan, pada peringkat ini, Kerajaan juga tidak dapat memastikan sama ada pemohon-pemohon yang terlibat akan memilih bayaran nominal RM1,000.00 ataupun opsyen pertama iaitu membayar jumlah sepenuhnya bagi memperoleh faedah diskaun 30% yang juga merupakan satu insentif yang sangat menarik”

     

  3. Apakah syarat-syarat yang dikenakan dalam perlaksanaan dasar tersebut?

    Syarat-syarat tanah yang dipohon untuk mengguna pakai pembayaran premium RM 1,000 adalah seperti berikut :-

       
    Pemberimilikan   Pelanjutan Tempoh Pajakan
    Individu yang telah lama menduduki/mendiami tanah kerajaan. Tanah hak milik Pejabat Pendaftar atau hak milik Pejabat Tanah yang didaftarkan atas nama individu.
    Individu yang berkelayakan seperti yang dijelaskan di dalam Seksyen 43 Kanun Tanah

    Negara.

    Permohonan oleh pemilik berdaftar atau waris pemilik berdaftar sahaja (individu).
      Masih dalam tempoh atau telah luput tempoh pajakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.