Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

4) DASAR PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula dasar pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri kepada individu untuk tujuan bangunan kediaman atau pertanian memandangkan dasar yang sedia ada telah digunapakai 10 tahun sejak tahun 2008? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Berkaitan dasar pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri melalui Mesyuarat EXCO-MTES Bil.24/2018 bertarikh 8 Ogos 2018 telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) untuk mengkaji semula dasar pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri kepada individu untuk tujuan kediaman dan pertanian. Perkara ini juga telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bersama Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah Negeri Selangor Bil.4/2018 pada 2 November 2018. Perkara ini masih dalam peringkat kajian dan perbincangan secara menyeluruh dan satu bengkel akan diadakan pada Disember ini bersama agensi-agensi yang berkaitan kerana ianya melibatkan pelbagai aspek perundangan dan teknikal. PTGS akan mengadakan sesi taklimat kepada semua Ahli Dewan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) selepas dasar ini dibentang dan dimuktamadkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.