Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

25) DASAR PEMBANGUNAN ANAK MUDA TAHUN 2014

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan Dasar Pembangunan Anak Muda Tahun 2014

    Dasar pembangunan Anak Muda bagi tahun 2014 adalah berdasarkan kepada visi, misi, objektif dan melalui 6 Teras Belia berikutan belia memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negeri dan negara. Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan mempunyai matlamat untuk menjadikan Belia di Negeri Selangor sebagai belia Ehsan atau BES. Salah satu usaha tersebut ialah melalui pembangunan 6 Teras utama iaitu Kepimpinan, Pendidikan, Ekonomi, Kemasyarakatan, Sukan dan Kebudayaan.

     

    Halatuju program-program belia di bawah Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan pula adalah menjadikan belia ehsan, berilmu dan berdaya saing dengan misi untuk membina belia yang berkeperibadian dan memiliki pelbagai kemahiran melalui pendekatan holistik yang telah dirancangkan.

     

    Antara objektif dasar pembangunan belia adalah sebagaimana berikut :-

     

    • mengenalpasti kategori dan kecenderungan belia,
    • mewujudkan pangkalan maklumat lengkap tentang belia Selangor,
    • Mewujudkan mekanisma pengurusan dan komunikasi belia Selangor,
    • Mengenalpasti dan    melaksanakan   program-program    belia    yang menekankan aspek kepedulian masyarakat,
    • membentuk budaya sayangkan ilmu di kalangan belia,
    • membantu belia dalam mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian,
    • menyediakan peluang dan ruang untuk belia bergerak aktif dalam sukan dan
    • menganjurkan program  hiburan  yang  bersesuaian  selaras   dengan kehidupan yang sihat dan
  2. Sila kemukakan jadual pelaksanaan program Anak Muda Tahun 2014

    Jadual pelaksanaan program Anak Muda Tahun 2014 adalah berdasarkan kepada SKT 2014 sebagaimana Lampiran

  3. Sila kemukakan senarai tempat latihan atau institut pembangunan anak muda

    Tempat-tempat latihan di bawah Kerajaan Negeri dan Institut di bawah kerajaan Negeri seperti INPENS, UNISEL, KUIS dan Pusat Latihan Awam di Negeri

    KALENDAR SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) JAWATANKUASA TETAP BELIA DAN SUKAN TAHUN 2014

     

    BIL PROGRAM / AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 CATATAN
    1 Retreat 1

    Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, Infrastruktur & Kem. Awam

                            Amverton , Pulau Carey
    2 SKT MSNS 2014                         PD, N9
    3 Watikah Perlantikan PeBT 2014/15                         K.Selangor
    4 ANUGERAH SUKAN 2013                          
    5 Pertandingan Video Klip Senamrobik                          
    6 Bengkel Kepimpinan Asas PeBT

    –     4 ZON (3PBT/ZON)

                             
    7 Bengkel Pengucapan Awam

    –     6 KALI

                             
    8 HI –TEA GLC & Koporat Untuk Persatuan Sukan                          
    9 Perlantikan Pengurusan Pasukan SUKMA                          
    10 HARI SUKAN ANTARABANGSA 2014

    –       Keputusan Pertandingan Video Klip Senamrobik

    –       Seminar Cara Hidup Sihat

    –       Pelancaran Walkathon Bes Jelajah Selangorku “Hidup Sihat Tanpa Dadah”

                             
    11 KURSUS PRA PERKAHWINAN                          
    12 Kem Kontinjen SUKMA PERLIS 2014                          
    13 Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA                          
    14 SUKMA PERLIS 2014                          
    15 Majlis Hi-Tea & Dialog NGO                          
    16 KURSUS PASCA PERKAHWINAN                          

     

    KALENDAR PROGRAM-PROGRAM JAWATANKUASA TETAP BELIA DAN SUKAN TAHUN 2014

     

    BIL PROGRAM / AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 CATATAN
    17 Penyerahan Insentif SUKMA 2014                          
    18 Retreat 2

    Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, Infrastruktur & Kem. Awam

                             
    19 HARI BELIA ANTARABANGSA

    –       Konferens Belia Antarabangsa

    –       Karnival Usahawan Belia

    –       Karnival Kebudayaan

    –       Anugerah Belia Selangor

                             
    20 Perkahwinan Perdana Belia

    –     4 Zon (3 Pbt/Zon)

                             
    21 Sidang Belia Negeri Selangor                          
    22 Dialog Bajet 2015                          
    23 Qurban Perdana                          
    24 Lawatan Kerja Belia Selangor                          
    25 SAMBUTAN TAHUN BARU BELIA 2015                          
    26 RETREAT 3

    Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, Infrastruktur & Kem. Awam

                             

     

    *TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN TARIKH DAN KELULUSAN

Lampiran

Tiada Lampiran.