Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
50) DASAR MBSA DAN KAWALAN BERKENAAN KAWASAN PERINDUSTRIAN RINGAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar pembangunan dan kawalan terhadap tragedi Kilang Cat dan bahan kimia yang terbakar pada 25 September 2015?
Majlis Bandaraya Shah Alam tiada dasar pembangunan dan kawalan khas bagi kilang berunsurkan cat dan bahan kimia. Walau bagaimanapun dari segi penetapan zoning guna tanah dalam Rancangan Tempatan MBSA (pengubah 2) 2020 yang telah diwartakan pada 31 Julai 2014 kawasan tersebut telah di zonkan sebagai
Tapak kilang cat yang terbakar tersebut merupakan kilang berkembar di bawah pemaju MK Associates Sdn. Bhd. Yang telah diluluskan pelan susun atur keseluruhan Bandar Baru Sungai Buloh oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Selangor melalui surat rujukan J.P.B.K B9/B146 Vol 4/45 bertarikh 8 September 1988. Pengawalan aktiviti kilang adalah di bawah kawalan Jabatan Alam Sekitar bagi kategori industri yang dibenarkan.
-
Apakah ada sebarang cadangan untuk mewujudkan kawasan perindustrian yang khusus untuk bahan mudah terbakar?
Majlis Bandaraya Shah Alam telah menetapkan kawasan perindustrian sebagaimana Rancangan Tempatan yang diwartakan. Walau bagaimanapun Majlis tidak menetapkan kawasan perindustrian yang khusus untuk bahan mudah terbakar. Sesuatu pembangunan yang ingin dijalankan perlulah mengemukakan kebenaran merancang kepada pihak Majlis untuk mendapatkan kelulusan. Dalam mendapatkan kelulusan pihak Majlis akan merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar bagi mendapatkan ulasan/sokongan bagi aktiviti kilang yang ingin dicadangkan. Sekiranya pihak Jabatan Alam Sekitar tiada halangan berkenaan aktiviti yang dijalankan pihak majlis akan memberikan kebenaran