Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
128) DASAR KITAR SEMULA SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan tindakan dan sasaran di bawah Dasar Kitar Semula Selangor?
Usaha untuk mewujudkan Dasar Pengasingan Sisa Pepejal atau Dasar Kitar Semula adalah sesuatu yang sangat baik dan tidak harus diketepikan. Namun begitu, pada masa ini, pihak Kerajaan Negeri belum mempunyai pelan tindakan dan sasaran spesifik berkaitan Dasar Kitar Semula Selangor.
Untuk menuju ke arah itu, pihak Kerajaan Negeri akan terus mempergiatkan kempen-kempen dan program-program seperti program kitar semula yang berunsurkan pendidikan dan kesedaran melalui Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor demi melestarikan kehidupan rakyat dan kesejahteraan alam sekitar.
Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Projek Perintis Kitar Semula di empat (4) buah PBT, iaitu MBPJ, MPAJ, MPKj dan MDHS pada tahun 2015. Berdasarkan Projek Perintis Kitar Semula ini, MBPJ dan MBSA telah dipilih untuk menjadi perintis bagi merangka Pelan Tindakan Kitar Semula berskala kecil.
MBSA juga telah melaksanakan fasa pertama program pengasingan sisa dari rumah pada tahun 2015 yang melibatkan sejumlah 1,869 buah rumah teres.
Pada tahun 2016, pihak MBSA telah meluaskan lagi program tersebut ke lima (5) lokasi dan mendapat penyertaan daripada 3,500 unit rumah teres.
Pada tahun 2017, MBSA bercadang untuk melaksanakan program pengasingan sisa dari rumah untuk kawasan kediaman bertingkat jenis kos rendah, Terdapat sejumlah 132 pangsapuri jenis kos rendah di Shah Alam.
MBSA juga telah merangka Pelan Tindakan Kitar Semula 5 tahun dengan sasaran penurunan jumlah sampah sebanyak 10% dan peningkatan kadar 5% kitar semula isi rumah setiap tahun bermula tahun 2017 hingga tahun 2021.
Manakala MBPJ pula telah mensasarkan sebanyak 7,000 buah rumah bagi program pengasingan sisa pepejal di rumah kediaman. Setakat Jun 2017, sebanyak 1,500 buah rumah telah menyertai program tersebut. Oleh itu, MBPJ akan meneruskan pelaksanaan sepenuhnya dengan mengagihkan tong sampah MGB120 liter secara percuma kepada setiap pemilik rumah sebelum hujung tahun 2017 dan dijangkakan pelaksanaan program pengasingan sisa pepejal di rumah kediaman akan bermula pada pertengahan tahun 2018.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor telah mengadakan Karnival Kepenggunaan Negeri Selangor yang akan diadakan di setiap kawasan PBT dengan objektif utama mendidik rakyat mengamalkan budaya pengasingan bahan kitar semula. Antara pengisian program ini adalah:-
- Taklimat Kepenggunaan;
- Pameran Kitar Semula;
- Pertandingan Reka Cipta Dari Barangan Terbuang;
- Demontrasi Kitar Semula;
- Menjalankan kempen-kempen seperti Hari Tanpa Beg Plastik; Pengurangan Penggunaan Bahan Polistrin; Kitar Semula Minyak
Masak; dan vi) Program 3R.
Pada masa yang sama, bagi mengurangan kebergantungan pelupusan sampah di tapak pelupusan, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) sedang dalam usaha untuk membangunkan
Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) bersebelahan dengan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram (TPSJ) Kuala Selangor. ISWMC ini merupakan satu sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menyeluruh merangkumi fasiliti atau kemudahan seperti berikut:
i) Loji Waste To Energy (WTE);
ii) Loji Kitar Semula;
iii) Loji Pencernaan Anerobik (AD);
iv) Loji Kompos;
v) Loji Kitar Semula Sisa Binaan; dan
vi) Pusat Penyelidikan & PembangunanDengan adanya ISWMC ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain yang dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor.
-
Senaraikan jumlah hasil kitar semula mengikut jenis bahan mengikut pecahan PBT.
Jumlah keseluruhan bahan-bahan asas kitar semula adalah kertas, plastik, kaca dan logam. Senarai bahan asas kitar semula yang telah direkodkan oleh PBT Negeri Selangor bagi tahun 2016 adalah seperti berikut:-Kertas: 22,756,552.34 kg;Logam: 19,693,278.77 kg;Plastik: 2,072,729.75 kg;Kaca: 935,977.78 kg; danLain-lain bahan kitar semula (kain, elektronik dan perabot) sebanyak 1,541,363.73 kg.
Manakala pecahan kuantiti bahan kitar semula mengikut PBT adalah seperti
butiran berikut:-
PBT KUANTITI BAHAN ASAS KITAR SEMULA (KG)
KERTAS KACA PLASTIK LOGAM LAIN-LAIN MBSA 186,280.80 63,608.10 77,238.40 59,064.70 131,759.60 MBPJ 3,457.00 932.20 1,928.60 587.80 – MPSJ 20,527,598.69 301,782.88 1,009,968.68 17,182,008.99 – MPS 69,466.80 – 5,785.80 3,509.65 – MPKj 5,038.00 – 922.00 176.90 – MPK 2,344.00 – 395.00 135.00 – MPAJ 1,891,686.35 550,818.00 932,823.97 2,432,619.53 1,396,509.13 MPSp 377.70 11.60 138.30 105.20 – MDKS 39,121.00 18,251.00 31,287.00 9,121.00 – MDKL 18,570.00 – 5,115.00 3,040.00 – MDSB 9,268.00 – 6,271.00 2,638.00 – MDHS 3,344.00 574.00 856.00 272.00 13,095.00 JUMLAH 22,756,552.34 935,977.78 2,072,729.75 19,693,278.77 1,541,363.73 -
Senarai PBT yang telah menjalankan polisi pengasingan sisa pepejal untuk dikitar semula.
- Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong usaha PBT Negeri Selangor dalam melaksanakan dasar kitar semula di kawasan pentadbiran masingmasing. Selain daripada MBSA dan MBPJ yang dinyatakan tadi, berikut merupakan usaha PBT Negeri Selangor dalam menjalankan polisi pengasingan sisa pepejal untuk dikitar semula, iaitu:-
- MPSJ
- Menjalankan program pengasingan sisa pepejal melibatkan medan selera awam bermula tahun 2008;
- Melaksanakan program kesedaran dan program kitar semula peringkat sekolah pada tahun 2013;
- Melaksanakan program kitar semula di kawasan perumahan teres
Bandar Bukit Puchong pada tahun 2014; dan
Melaksanakan program kitar semula dengan pihak komersil seperti Hotel Grand Dorsett, Subang dan pasaraya Giant pada tahun 2015.
ii) MPS
Melaksanakan pengasingan sisa pepejal untuk dikitar semula di Pejabat Kerajaan dan gerai Majlis di Bandar Baru Selayang bermula tahun 2015 dan 2016; dan
Melaksanakan program kitar semula di kawasan perumahan di Persiaran 2, Bandar Baru Selayang pada tahun 2017.
iii) MPK
a. Memperkenalkan dan mempromosikan aplikasi pintar digital iaitu ecoGen Klang bagi memudahkan penduduk setempat mengetahui status tahap kitar semula yang telah dilaksanakan dan sistem. Aplikasi ini turut membantu penduduk membuat penandaarasan dengan penduduk yang lain bagi mendapatkan pakej insentif yang disediakan oleh pihak MPK.