Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

163) DASAR KITAR SEMULA

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah halatuju Dasar Kitar Semula Negeri Selangor?

    Pada masa ini, pihak Kerajaan Negeri belum mempunyai pelan tindakan dan sasaran spesifik berkaitan Dasar Kitar Semula Selangor. Untuk menuju ke arah itu, pihak Kerajaan Negeri akan terus mempergiatkan kempen-kempen dan program-program seperti program kitar semula yang berunsurkan pendidikan dan kesedaran dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor demi melestarikan kehidupan rakyat dan kesejahteraan alam sekitar.

  2. Bilakah program Kitar Semula akan dilaksanakan di seluruh negeri?

    Program Kitar Semula dijalankan sepanjang tahun di seluruh Negeri Selangor dan pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah peruntukan bagi mewujudkan Pusat Kitar Semula di kawasan Kampung Tradisi melalui Pejabat Daerah/ Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 43 buah tong kitar semula untuk diletakkan di tempat yang telah dikenal pasti dan di bawah Pejabat Daerah/ Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan.  Antara bahan asas yang dikitar semula termasuk kertas, kaca, plastik dan logam.

  3. Apakah hasil laporan program kitar semula di kawasan yang telah dilaksanakan oleh PBT-PBT?

    Sehingga Oktober 2021, Program Kitar Semula telah berjaya dilaksanakan oleh 12 Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi program-program Program 3R, Kutipan Minyak Masak Terpakai dan Program Kesedaran Kitar Semula. Kesemua program melibatkan komuniti setempat termasuk penglibatan daripada sekolah-sekolah dan NGO. Secara keseluruhannya, penglibatan pelbagai peringkat masyarakat dalam setiap program yang dianjurkan amat memberangsangkan. Sebanyak 49,369,811.53 kg telah berjaya dikumpul sepanjang program kitar semula. Hasil laporan kutipan sempena Program Kitar Semula yang telah dilaksanakan di PBT-PBT seperti berikut (sehingga Oktober 2021):

    BIL. PBT JUMLAH KUTIPAN SISA KITAR SEMULA (KG)
    1. MBSA 2,236,067.4
    2. MBPJ 1,481,434
    3. MBSJ 41,939,260
    4. MPK 40,598
    5. MPAJ 3,380,323.23
    6. MPS 34,693.50
    7. MPKj 41,708.40
    8. MPSp 97,688
    9. MPKL 48264
    10. MPKS 47,899
    11. MPHS 6891
    12. MDSB 14,985
    JUMLAH 49,369,811.53

Lampiran

Tiada Lampiran.